Euforia Bola 2026
Dapur

Jangan Dibuang Begitu Saja, Ini Cara Buat Kerepek Biji Durian Yang ‘Rare’ Tapi Sedap!

biji durian

Berita gembira buat peminat tegar raja buah iaitu durian adalah, sebenarnya anda boleh makan buah ini bukan sahaja isinya, malah bijinya juga. Mungkin agak janggal, namun biji durian boleh dijadikan kerepek yang enak!

Malah, kerepek biji durian ini dikatakan sangat poular di Thailand dan menjadi kegemaran ramai. Kalau anda masih terbayang-bayangkan bagaimana langkah penyediaan biji durian ini, berikut merupakan caranya.

Baca juga: Akhirnya Jumpa Juga Cara Buat Tepung ‘Gluten Free’, Ini Nisbah Adunan Wajib Ikut!

CARA BUAT KEREPEK BIJI DURIAN, LANGKAH DEMI LANGKAH

Berikut adalah cara buat kerepek daripada biji durian. Cuma ada 5 langkah, mudahnya!

1. RENDAM BIJI DURIAN

biji durian

Biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya kita senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.

2. KERINGKAN

biji durian

Selepas dibersihkan kulitnya, jemurkan biji-biji tadi supaya kering sedikit. Kalau tak tunggu kering, biji durian ini akan rasa berlendir. Jadi, kalau licin susah pula nak dipegang dan disagat. Nanti bersihkan macam dalam gambar di bawah ini ya.

3. SAGAT

Selepas dibersihkan bijinya, kemudian gunakan penyagat (alat untuk kikir halus) untuk dapatkan kepingan halus. Kalau tak ada, boleh juga gunakan ‘peeler’ yang selalu buat buang kulit epal tu. Ini contoh biji durian yang telah disagat.

4. GORENG

Selepas siap disagat, bolehlah kita menggoreng sampai kekuningan dalam minyak panas. Agak-agak warna putih tadi dah bertukar kekuningan, angkat dan toskan minyak berlebihan.

5. BUBUH PERASA

Untuk menyedapkan rasanya, bolehlah tambah sedikit garam dan di gaul-gaul. Kalau minat dengan perasa lain, bolehlah cuba juga. Perasa kari ke, perasa sambal ke. Ikutlah kreativiti dan tekak masing-masing ya.

SIAP! Jadi, lepas ini janganlah buang bijinya. Dah beli mahal-mahal, kenalah makan sampai ‘licin’ sekali dengan bijinya. Mudah sangat cara buat kerepek daripada biji durian ni. Kalau nak rasa hidangan yang unik dan ‘rare’, anda kenalah cuba. Sebab setakat ni rasanya belum nampak lagi orang jual.

*Memang ‘win’ habis!

Baca juga: Cantik Dipandang Tapi Tak Halal, Ini Cara Pilih Pinggan Mangkuk Ada Label ‘Bone China’

Sumber: Kak Jayyy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×