Dah macam-macam cara orang cuba untuk halau tikus. Daripada pasang perangkap, letak racun sampailah guna petua tradisional yang lebih ‘mesra rumah’.
Mana tidaknya, boleh buat satu keluarga rasa tak senang duduk bila tikus dah mula keluar masuk dapur, stor atau siling rumah. Bukan setakat geli tengok najis dan kesan gigitan pada makanan, malah ramai juga risau kalau haiwan ini terus beranak-pinak.
Baca juga: 9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!
5 JENIS DAUN UNTUK HALAU TIKUS DI RUMAH
Kalau anda jenis tak berapa gemar guna racun, ada beberapa jenis daun yang sering disebut sebagai petua semula jadi untuk mengganggu laluan tikus.
Kebanyakannya menggunakan bau yang kuat, tajam atau kurang digemari tikus, jadi ia lebih sesuai dijadikan ikhtiar tambahan untuk membuatkan kawasan rumah terasa ‘tak selesa’ bagi haiwan ini.
1. Durian belanda

Gambar hiasan: Gemini AI
Daun durian belanda antara petua yang paling kerap disebut bila bercakap tentang cara halau tikus. Caranya:
- Ambil beberapa helai daun yang matang, kemudian siat atau ramas sedikit agar baunya jadi lebih kuat.
- Letakkan di kawasan yang kerap jadi laluan tikus seperti bawah kabinet dapur, belakang peti ais, stor atau sudut gelap rumah.
- Gantikan daun setiap 2 hingga 3 hari supaya kesannya tak hilang.
2. Pudina

Gambar hiasan: Gemini AI
Pudina memang wangi pada hidung manusia, tapi aroma mentholnya yang tajam dikatakan boleh mengganggu deria bau tikus. Cara paling praktikal ialah:
- Tumbuk atau kisar daun pudina, campur dengan sedikit air, tapis dan masukkan ke dalam botol semburan.
- Lepas itu, sembur pada kawasan yang disyaki jadi laluan tikus seperti tepi dinding, belakang rak dan kawasan tong sampah.
- Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali, terutama kalau rumah lembap atau selalu ada tikus di dapur.
3. Pandan

Gambar hiasan: Gemini AI
Kalau nak rumah wangi sambil cuba halau tikus, daun pandan memang antara pilihan paling mudah.
- Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan di laluan tikus.
- Boleh juga hiris sedikit supaya aromanya lebih keluar.
- Letak juga di dalam almari, rak kasut atau stor makanan.
Kelebihannya, rumah tak berbau “ubat” dan anda tak perlu keluar modal besar.
Baca juga: 11 Tips Tanam Buah Tembikai, Nak Tumbuh Sihat & Isinya Manis Kena Ikut Langkah Ini!
Baca juga: Cara Halau Anak Lipas Dalam Kereta Bancuh 1 Bahan Ini Sebagai Umpan, Banyak Terperangkap!
4. Semambu

Gambar hiasan: Gemini AI
Daun semambu atau neem memang terkenal dalam pelbagai petua tradisional. Ia sering dikaitkan dengan sifat semula jadi yang membantu mengganggu perosak, disebabkan itu ia kerap digunakan dalam petua rumah.
Untuk masalah tikus, anda boleh:
- Letakkan daun semambu di laluan tikus atau di kawasan yang selalu ada kesan najis.
- Ada juga yang menumbuk daunnya untuk menaikkan bau pahit dan kuat.
5. Serai wangi

Gambar hiasan: Gemini AI
Serai wangi pula memang lama digunakan untuk menghalau serangga dan haiwan perosak.
- Guna daun atau batang serai wangi yang diramas.
- Nak lebih mudah, rebus seketika dan gunakan airnya sebagai semburan di kawasan laluan tikus.
Baunya yang kuat biasanya lebih cepat memenuhi ruang dapur, belakang kabinet dan tempat simpan barang.
Kesimpulan
Apa pun, petua daun ini lebih sesuai dianggap sebagai ikhtiar tambahan, bukannya jalan penyelesaian tunggal. Kalau rumah masih ada sisa makanan terbuka, tong sampah tak bertutup, lubang kecil pada kabinet atau siling, tikus tetap akan datang semula.
Pendek kata, kalau nak halau tikus dengan lebih berkesan, petua daun ini kena jalan sekali dengan langkah asas seperti menjaga kebersihan dapur, simpan makanan dalam bekas bertutup dan kenal pasti laluan tikus di rumah.
Sumber: iProperty / EduBestari
FT Image: Gemini AI
