Buat ibu yang pertama kali merasai pengalaman kehamilan, inilah waktunya untuk anda berhadapan dengan pelbagai jenis pengalaman. Salah satunya adalah, ibu hamil mengalami situasi kerap kencing atau buang air kecil dari biasa.
Bagi yang pernah hamil beberapa kali sebelum ini mungkin sudah tidak terkejut namun bagi mommy yang pertama kali dalam situasi ini, pastinya risau! Ini merupakan beberapa punca kenapa mommy kerap kencing!
Baca juga: Ibu Sebak Bila Bayi Dalam Kandungan Alami ‘Missing Finger’, Disahkan Semasa Ultrasound
PUNCA IBU HAMIL KERAP KENCING, PENAT ULANG ALIK TANDAS!

1.Hormon
Semasa mengandung, beberapa hormon anda akan meningkat. Progesteron (hormon daripada ovari) dan hormon gonadotropin korionik manusia, juga dikenali sebagai HCG atau hormon kehamilan, menjadikan darah mengalir lebih kerap ke otot pelvis anda. Hormon mungkin melonggarkan otot lantai pelvis anda, menjadikannya sukar untuk menahan kencing.
2.Pertumbuhan rahim
Semasa trimester ketiga (enam hingga sembilan bulan), rahim anda menjadi cukup besar sehingga ia mungkin mula menekan pundi kencing. Ini mungkin menyebabkan anda mengalami keinginan yang kerap untuk pergi ke tandas. Tekanan tambahan pada pundi kencing membuatkan anda berasa seperti perlu sentiasa membuang air kecil.
3.Otot lantai pelvis yang lemah
Dalam sesetengah kes, otot yang menyokong pundi kencing, usus, dan rahim mungkin menjadi lebih lemah semasa kehamilan. Ini boleh mengakibatkan peningkatan kencing semasa kehamilan.
4.Cecair badan bertambah
Apabila anda hamil, badan anda menghasilkan lebih banyak cecair berbanding sebelum kehamilan.
5.Kecekapan fungsi buah pinggang
Buah pinggang anda biasanya akan meningkatkan kecekapannya apabila anda mula membawa bayi. Ini, ditambah dengan pengeluaran cecair yang lebih banyak, menyebabkan kekerapan dan jumlah kencing anda meningkat.
6.Kebocoran Kencing
Kadang-kadang anda mungkin berasa keinginan untuk kencing, tetapi apabila anda sampai ke tandas, jumlah air kencing yang keluar adalah sedikit berbanding dengan keinginan yang anda rasakan. Kadangkala anda mungkin mengalami sedikit kebocoran air kencing apabila:
-Bersin
-Ketawa
-Batuk
-Bersenam
Cara untuk kurangkan kekerapan buang air kecil:
1.Mengurangkan pengambilan kafein.
2.Senaman yang sesuai, tidak terlampau berat dan untuk menguatkan otot pelvis.
3.Kurangkan berat badan berlebihan.
4.Pilih diet yang betul.
5.Ssenaman Kagel walaupun sebelum kehamilan.

*Dapatkan rawatan doktor jika kekerapan tersebut mula merisaukan anda ya!
Baca juga: Hukum Gugurkan Kandungan Sebelum & Selepas Usia 4 Bulan, Haram Tak?
Sumber: MedicineNet
