Euforia Bola 2026
Sihat

Hampir Setiap Malam Terjaga Ke Tandas Sebab Nak Kencing, Rupanya Ini Tanda Badan Sedang ‘Minta Tolong’!

kencing malam

Kalau sekali-sekala terjaga tengah malam untuk ke tandas kerana kencing malam, itu mungkin perkara biasa. Tapi kalau hampir setiap malam, dan berulang kali… ini bukan lagi cerita ‘terjaga sekejap’.

Pada mulanya anda mungkin tidak ambil kisah tetapi sebenarnya anda akan hilang waktu tidur paling berkualiti, waktu di mana badan sepatutnya memulihkan saraf, menstabilkan hormon, menenangkan emosi dan mengisi semula tenaga!

Baca juga: Badan Slim Tapi Dagu Berlapis, Rupanya Ini 5 Tabiat Harian Jadi Punca Anda Ada ‘Dagu Kedua’!

KERAP TERJAGA KENCING MALAM, KALAU BERLAKU SETIAP HARI TIDAK LAGI NORMAL…

kencing malam

Foto: freepik

Ramai anggap kerap bangun kencing waktu malam sebagai perkara biasa, lebih-lebih lagi bila meningkat usia atau minum air banyak. Hakikatnya, kadang-kadang ia adalah isyarat awal badan sedang beri amaran. Antara punca yang sering berlaku:

1. Gula dalam darah tinggi

Bila paras gula tinggi, badan cuba menyingkirkannya melalui air kencing. Sebab itu kencing jadi kerap dan banyak, sering disertai rasa cepat haus, mulut kering, dan berat badan turun tanpa sebab jelas.

2. Prostat membesar (lelaki)

Rasa kencing tak puas, macam masih ada baki walaupun sudah ke tandas. Akhirnya ulang-alik ke bilik air dan tidur jadi koyak.

3. Jangkitan saluran kencing (UTI)

Biasanya ada rasa pedih atau panas ketika kencing, kerap tetapi keluar sedikit, dan sakit di bahagian bawah perut. Jika disertai demam atau sakit pinggang, itu tak boleh tunggu.

4. Sleep Apnea (OSA) — punca yang ramai tak sedar

Dengkur kuat, nafas terhenti seketika ketika tidur. Tidur nampak lama, tapi badan sebenarnya terjaga berkali-kali tanpa sedar.
Bangun pagi sakit kepala, mengantuk siang hari, dan malamnya asyik terjaga termasuk ke tandas.

Anda perlu tahu bahawa ini bukan untuk menakutkan tetapi untuk buat kita berhenti menganggap sesuatu yang berulang itu sebagai ‘biasa’. Kerana sedikit demi sedikit, tidur yang rosak akan makan kualiti hidup anda — perlahan, senyap, tapi konsisten.

Apa Yang Anda Boleh Buat Mulai Malam Ini?

kencing malam

Foto: freepik

Mulakan dengan langkah paling realistik:

  1. Hadkan minum air 2 jam sebelum tidur
  2. Kurangkan kafein lewat petang
  3. Elakkan minuman manis waktu malam
  4. Perhatikan corak bangun tidur
  5. Jika anda bangun 2 kali atau lebih hampir setiap malam, jangan tunggu berbulan-bulan kerana itu sudah wajar disemak di klinik.

Cuba buat catatan ringkas selama 3 hari:

  • Pukul berapa tidur
  • Pukul berapa terjaga
  • Berapa kali ke tandas
  • Ada rasa pedih atau tidak
  • Ada dengkur kuat atau tidak

Maklumat kecil ini sangat membantu doktor mencari punca dengan lebih cepat dan tepat. Paling penting adalah, jangan tangguh pemeriksaan jika anda alami:

  • Demam
  • Sakit pinggang yang kuat
  • Sakit ketika kencing
  • Kencing berdarah
  • Muntah
  • Badan rasa lemah luar biasa atau ‘rasa lain macam’

Ingat! Tidur yang rosak bukan sekadar buat anda letih, malah boleh buat anda hilang diri sendiri, sedikit demi sedikit…

Baca penuh: Doa Untuk Perut Kempis, Hati Tenang & Gula Tak ‘Mencanak’, Amalkan Setiap Hari InsyaAllah Menjadi!

Sumber: Public Health Malaysia, Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×