Euforia Bola 2026
40 Minggu

Bukan Dirancang Tapi Ini Rezeki, Wanita Terkejut Ibu Disahkan HAMIL Pada Usia 51 Tahun!

sakit badan

Siapa sangka, gurauan kecil yang pada awalnya sekadar mahu menenangkan hati akhirnya membawa kepada satu berita yang tidak pernah terlintas di fikiran. Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila ibunya yang sering mengadu sakit badan rupa-rupanya disahkan sedang mengandung pada usia 51 tahun!

Sekali gus menjadikan dirinya bakal menerima adik baharu ketika usia sudah mencecah 30 tahun.

Baca juga: “Anak Syurga Saya Lahir Tanpa Jari” – Kisah Ibu Reda Diuji Dengan Bayi ‘Robert Syndrome’ Sentuh Hati Ramai

DISANGKA HANYA SAKIT BADAN, BILA SCAN RUPANYA IBU HAMIL DI USIA 51 TAHUN!

sakit badan

Foto: Tiktok

Menerusi perkongsian Tiktok, wanita berkenaan yang bernama Nur Atika Iswana Bil Sabri, 28 tahun, berkongsi kisah mengejutkan itu yang kini mencuri perhatian ramai di media sosial sehingga mendapat tontonan melebih 1 juta.

Menurut Atika, segalanya bermula apabila ibunya yang kini berusia 51 tahun kerap mengadu sakit badan sejak beberapa minggu lalu. Lebih menghairankan, ibunya juga sering menolak ajakan untuk keluar bersiar-siar atau melakukan aktiviti bersama keluarga.

“Pada mulanya kami sangka ibu cuma keletihan atau sakit biasa. Kami malah bergurau suruh ibu buat pemeriksaan kesihatan sebab asyik mengadu sakit badan,” katanya.

Namun siapa sangka, gurauan itu bertukar menjadi satu berita yang langsung tidak dijangka. Hasil pemeriksaan doktor mendapati ibunya sedang hamil lima minggu, sekali gus menjadikan kandungan tersebut anak keempat dalam keluarga.

Berita itu bukan sahaja mengejutkan Atika, malah seluruh ahli keluarga yang tidak menyangka kehadiran orang baharu dalam keluarga pada usia ibu yang dianggap berisiko.

“Atas faktor umur, kami memang terkejut. Tapi pada masa yang sama, rasa syukur dan gembira sebab ini rezeki daripada Allah,” luahnya.

NETIZEN NAK TAHU TIPS…

sakit badan

Foto: Tiktok

Perkongsian tersebut nyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata meluahkan rasa terkejut namun dalam masa yang sama turut tumpang gembira dengan berita tersebut.

Tidak kurang juga yang menganggap kisah itu sebagai satu bukti bahawa soal zuriat adalah rahsia Tuhan dan tidak tertakluk sepenuhnya kepada faktor usia. Malah, ruangan komen turut dibanjiri soalan daripada netizen yang ingin tahu tips dan amalan bagaimana wanita pada usia lewat 40-an atau awal 50-an masih berpeluang hamil.

Ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama, menyatakan bahawa mereka sendiri atau ahli keluarga pernah melalui kehamilan lewat usia yang pada awalnya disangka mustahil.

Dalam keterujaan itu, ramai turut mengingatkan kepentingan pemantauan rapi daripada doktor memandangkan kehamilan pada usia 50-an memerlukan perhatian khusus demi keselamatan ibu dan bayi.

Apa pun, kisah ini sekali lagi mengingatkan bahawa rezeki, termasuk zuriat, hadir dalam pelbagai bentuk dan waktu yang tidak pernah kita jangka.

Kadang-kala, apa yang bermula dengan sekadar gurauan akhirnya menjadi cerita luar biasa yang kekal terpahat dalam sejarah sebuah keluarga.

@bymira9550 Membalas kepada @𝒶𝓂𝑒𝒾𝓇𝓊07 ♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Baca juga: Kenapa Buku Pink Ibu Hamil Ada Ruang ‘Tahap Pendidikan’? Bukan Saja-Saja Isi, Rupanya Sangat Penting!

Sumber: Tiktok @bymira9550

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×