Euforia Bola 2026
Famili

4 Kanak-Kanak Rentung Termasuk Seorang Wanita, Dalam Kejadian Rumah Terbakar Di Jasin!

kebakaran rumah

Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung selepas kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai di sini, musnah dalam kebakaran rumah awal pagi tadi.

Baca juga: Idea Derma ‘Uniform’ Terpakai & Gantung Di Ampaian Sekolah Dipuji, Ada Yang Masih Bau Kedai!

KEBAKARAN RUMAH 4 KANAK-KANAK RENTUNG

kebakaran rumah

Gambar bomba: Seorang wanita dan empat anaknya rentung dalam kebakaran di Umbai malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sufian Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.40 pagi.

Dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi dan tiba jam 1.51 pagi.

“Terdapat seorang wanita dewasa bersama empat kanak-kanak perempuan ditemui rentung dan seorang lelaki ditemui masih hidup.

“Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan operasi terkawal,” katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

kebakaran rumah

Gambar bomba: Seorang selamat manakala lima rentung dalam kebakaran awal pagi tadi.

Baca juga: Ingatkan Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Jangkitan Merebak!

Sumber: Berita Harian

FT Image: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×