Euforia Bola 2026
Dapur

Lapar Tapi Nak Sihat? Ini 9 Senarai Mi Segera Tanpa MSG Ada Jual Di Pasaran, Wajib Cuba!

mee segera

Mee segera sering menjadi penyelamat di saat kelaparan, kesibukan, atau kehabisan idea memasak. Namun, kebimbangan terhadap kandungan MSG, garam yang tinggi, dan bahan pengawet mendorong ramai pengguna mencari pilihan yang lebih sihat.

Kini, pelbagai jenis mee segera lebih ‘mesra kandungan’ dan kesihatan tersedia di pasaran kerana diformulasikan tanpa MSG, rendah gluten, dan menggunakan ramuan yang lebih seimbang.

Baca juga: Resepi Mi Kari Putih ‘Lejen’ Pulau Pinang, Buat Versi Lemak Tanpa Rempah Ini Memang Padu!

9 JENIS MEE SEGERA TANPA MSG BOLEH BELI DI PASARAN, MAKAN TANPA RASA BERSALAH!

Bukan sahaja mudah dan cepat disediakan, mee segera sihat juga lebih sesuai untuk individu yang menjaga pemakanan atau mempunyai sensitiviti terhadap bahan-bahan tertentu.

Apakah perbezaan antara mee segera sihat dan mee segera biasa? Perbezaan utama terletak pada nilai pemakanan dan kaedah pemprosesan. Mee segera sihat biasanya:

– Tidak digoreng (melalui proses pengeringan udara)
– Diperbuat daripada bijirin penuh
– Lebih kaya dengan serat dan nutrien
– Rendah garam dan lemak tepu
– Tidak mengandungi MSG atau perasa tiruan

Jenama Mi Segera Bebas MSG di Malaysia :

1. Mee Kari Nyonya (OCOC)

mee segera

Diperbuat daripada tepung atta yang tinggi serat dan protein. Bebas MSG, menggunakan perasa asli tanpa bahan kimia tambahan. Sesuai untuk penghidap diabetes dan individu yang mementingkan kesihatan.

2. Samurai Ramen (Vegan)

mee segera

Mi segera dari Jepun yang bebas MSG, lemak trans, dan bahan haiwan. Menggunakan miso, kicap soya, dan ekstrak rumpai laut sebagai perasa. Halal dan mesra Muslim.

3. MAMA Vege Sarawak Kampua Noodles

Mi tidak digoreng, diperbuat daripada kacang soya bukan GMO. Bebas pengawet, pewarna, dan perisa kimia. Halal dan mesra vegetarian.

4. Youmee Plain Noodles

Mi segera yang dikeringkan secara semula jadi tanpa digoreng. Bebas MSG, telur, pengawet, pewarna, dan bahan sintetik. Diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi tanpa peluntur.

5. Simply Natural Organic Mee Sua

Mi organik yang disahkan oleh NASAA, USDA & EcoCert. Bebas racun perosak, pengawet, dan bahan tambahan kimia. Sesuai untuk ibu hamil dan individu yang mementingkan pemakanan organik.

6. NÖÖÖDLES Express Vegetarian Cup Noodles

Mi segera vegetarian dalam cawan tanpa MSG. Halal dan sesuai untuk mereka yang mencari pilihan mi segera tanpa bahan tambahan kimia.

7. Mushroom Pepper Instant Ramen (Signature Market)

mee segera

Mi segera dengan perisa cendawan dan lada hitam tanpa MSG. Sesuai untuk vegetarian dan mereka yang menginginkan pilihan lebih sihat.

8. Koka Multigrain Baked Noodle

Dibakar, bukan digoreng. Pilihan perisa yang unik termasuk Truffle Mushroom dan Laksa Singapore. Multigrain dan halal adalah mi dari Singapura yang makin digemari ramai.

9. Japchae GotKimchi Korean Glass Noodles

Produk Bumiputera dengan rasa Korea sebenar! Mi kaca daripada ubi keledek dan sos japchae yang kaya perisa. Tak perlu ke restoran Korea, rasa autentik terus ke dapur anda.

*Boleh dapatkan di pasaran bermula sekarang!

Baca juga: Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Gaya Mak-Mak Bikin ‘Ketagih’, Memang Satu Taman Boleh Bau!

Sumber: MyWeekendPlan, eCentral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×