Euforia Bola 2026
Didik

Ibu Kecewa Kantin Jual Mi Segera Di Hari Pertama Persekolahan, Anak Terus Makan

MI SEGERA

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila mendapati mi segera dijual di kantin sekolah anaknya, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap pemakanan kanak-kanak di sekolah rendah.

Menerusi perkongsiannya, ibu tersebut mengakui dia membenarkan anak makan mi segera di rumah sekali-sekala. Namun, apa yang merisaukannya apabila makanan itu turut dijual di kantin sekolah, sekali gus menyukarkan ibu bapa untuk mengawal pengambilan makanan segera oleh anak-anak.

Baca juga: Doa Untuk Anak Faham Ilmu Yang Rasulullah SAW Ajar, Baru Lebih Mudah ‘Masuk’ Ketika Di Sekolah

KANTIN SEKOLAH JUAL MI SEGERA, IBU LUAH RASA KECEWA

MI SEGERA

Menurut ibu itu, situasi tersebut meletakkan ibu bapa dalam dilema. Memberi wang saku diperlukan untuk keperluan lain, namun pada masa sama, wang tersebut boleh digunakan anak untuk membeli makanan yang kurang sihat.

“Tak bagi anak makan mi segera dekat rumah, tapi dekat kantin sekolah pulak jual. Ini kalau bawak bekal pun belum tentu dia tak beli. Kalau tak bagi duit susah pulak nak beli barang penting or kuih,” luah si ibu.

Lebih mengejutkan, ibu berkenaan turut berkongsi pengalaman pada hari pertama persekolahan anaknya yang baru memasuki Darjah 1.

Perkongsian itu nyata mengundang reaksi ramai warganet yang turut berkongsi pengalaman sama. Seorang pengguna media sosial secara berseloroh berkata, situasi tersebut mengingatkannya kepada pengalaman anak sulungnya dahulu.

“Hari first day sekolah. Bila balik, saya tanya makan apa, dia jawab makan mi segera letak telur. Sama macam kakak dia dulu darjah 1. Hari-hari makan mi segera dekat sekolah. Sudahnya, diharamkan makan mi segera dekat rumah sebab dah makan megi hari-hari dekat sekolah,” luah seorang ibu.

MI SEGERA

Ramai warganet berpandangan perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan dan tumpuan perlu diberikan kepada tahap kawalan serta pemantauan makanan di kantin sekolah, terutamanya terhadap penjualan makanan segera yang sering dikaitkan dengan kandungan garam tinggi serta nilai nutrisi yang rendah.

Pada masa yang sama, terdapat juga pandangan yang lebih seimbang apabila segelintir pengguna media sosial memahami kekangan dihadapi pengusaha kantin. Menurut mereka, faktor kemudahan penyediaan dan permintaan tinggi dalam kalangan murid turut mempengaruhi pilihan menu yang dijual.

Perdebatan mengenai penjualan mi segera di kantin sekolah sememangnya bukan isu baharu, namun ia terus mencetuskan reaksi setiap kali dibangkitkan. Situasi ini menggambarkan keprihatinan ibu bapa terhadap tabiat pemakanan anak-anak, selain menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh melibatkan pilihan makanan, kawalan serta pendidikan pemakanan sejak peringkat awal.

Baca juga: “Tak Payah Jadi Tukang Jahit Dah…” – Ibu Kongsi Cara Tampal Lencana Sekolah Anak, Setahun Tetap Melekat

Sumber: Threads SN.Fatihah895

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×