Pada waktu sahur, ramai yang mencari menu praktikal yang boleh disajikan dengan segera. Salah satu pilihan kegemaran mereka adalah mi segera, yang diketahui mudah dan pantas untuk disediakan.
Walau bagaimanapun, adakah ia merupakan pilihan yang bijak untuk makan mi segera semasa bersahur?
Baca juga: Ingatkan Puasa Berat Boleh Turun, Tapi 5 Punca Ini Buat Ia Naik Makin Mendadak!
MI SEGERA TAK SESUAI SEBAGAI HIDANGAN SAHUR
Risiko penyakit asid perut
Menurut pengamal perubatan Dr Yunita Indah Dewi, dari petikan sumber Detik Health, mi segera bukan menu makanan yang ideal. Hal ini kerana, makanan ini mempunyai kandungan serat dan protein yang rendah dan lemak yang tinggi.
Jadi, bagi pesakit gangguan asid perut atau ulser, mi segera sebenarnya boleh memburukkan keadaan kesihatan ketika berpuasa.
“Lebih baik tidak mengambil mi segera ketika bersahur kerana ia rendah serat dan protein, tetapi tinggi lemak.
“Bagi penghidap ulser, ini boleh meningkatkan risiko sakit menjadi lebih teruk ketika berpuasa,” katanya.
Baca juga: 2 Dekad Lelaki Ini Minum Air Manis, Kini Sehari WAJIB Telan 7 Pil & Ada Peluang Mati Andai Terlupa!
Risiko berat badan bertambah & dehidrasi!
Sementara itu, menurut pakar pemakanan Dr Johanes C Chandrawinata, mi segera mempunyai kadar kalori yang tinggi yang mana dominannya ialah karbohidrat dan lemak.
Sementara yang paling sedikit ialah protein, sekali gus boleh meningkatkan risiko kenaikan berat badan sekiranya ia diambil terlalu kerap.
Selain itu, mi segera juga mempunyai kandungan garam yang tinggi.
Makan terlalu banyak garam boleh mencetuskan keinginan untuk kencing lebih kerap yang membawa kepada risiko dehidrasi. Sekali gus, boleh mengganggu kelancaran ibadah puasa.
Baca juga: AWAS Tanda-Tanda Diabetes Boleh Tengok Pada Kulit, Salah Satunya Muncul Tompok Kering!
Cara mengurangkan risiko kesihatan sekiranya terpaksa ambil mi segera
Meskipun tiada larangan untuk tidak mengambil mi segera ketika bersahur, kedua-dua pakar di atas menyarankan beberapa cara yang boleh mengurangkan risiko kesihatan untuk menikmatinya.
Sekiranya tiada pilihan lain, mi segera masih boleh diambil dalam kuantiti yang kecil. Malah, ia boleh dijadikan lebih berkhasiat dengan menggabungkan sayur-sayuran serta sumber protein dalam satu hidangan.
Selain itu, menggantikan mi segera dengan mi shirataki. Mi shirataki adalah sejenis mi tradisional Jepun yang diperbuat daripada keladi konjac dan ia sesuai dijadikan alternatif kerana rendah kalori dan karbohidrat serta bebas gluten.
“Seeloknya mi segera bahagikan dua. Jadi, separuh mi segera biasa ditambah separuh mi shirataki. Tapi ingat, saranan kurangkan pengambilan lemak, jadi mungkin kurangkan minyak juga,” jelas Dr Johanes C Chandrawinata.
Baca juga: Petua Rawat BATUK KERING Gatal Merenyam, Guna 1 Bahan Rahsia Ini, Terus Batuk Hilang!
Sumber: Detik.com / Detik Health
FT Image: NSTP

