Tikus merupakan haiwan perosak yang sering dilihat atau mendengar bunyinya asyik berkeliaran di rumah. Memasang perangkap tikus atau meletakkan racun, merupakan kaedah popular yang digunakan oleh kebanyakan orang.
Melalui portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), kedua-dua cara tersebut dinyatakan tidak begitu efektif oleh kerana tidak semua tikus yang ada akan mati. Haiwan perosak itu masih boleh datang dan mengganggu kehidupan anda.
Baca juga: [VIDEO] DIY Sabun Pencuci Pinggan Guna Limau Kasturi, Dapat 12 Liter & Jimat Bertahun!
PERANGKAP TIKUS YANG LEBIH BERKESAN
Sebenarnya, ada pelbagai cara halau tikus lain yang boleh anda cuba, seperti 9 di bawah ini:
1. Daun pandan

Gambar: rhymbahillstea
Boleh letakkan daun pandan pada tempat yang ada tikus dan pada laluannya kerana tikus sangat tak suka dengan bau pandan.
Selain halau tikus, rumah anda pun akan berbau harum dan segar.
2. Daun durian belanda
Dapatkan beberapa helai daun durian belanda dan letakkan pada sarang tikus atau tempat yang selalu mereka lalu. Lepas 2 atau 3 hari, gantikan daun tadi dengan yang baru.
Boleh juga letak dalam almari pakaian untuk mengelakkan tikus bersarang di situ.
3. Pokok daun semalu

Gambar: Getty Images
Tikus memang sangat takut dengan pokok daun semalu ini sebab ada duri yang tajam.
Anda boleh cuba menanam pokok daun semalu pada sekeliling atau di tepi rumah yang menjadi laluan mereka.
Baca juga: Cara Jimat Buat Racun Serangga Organik Guna Bawang Putih, Ulat Pun Tak Berani Datang Dekat!
4. Kulit durian
Letakkan beberapa potongan kulit durian pada laluan tikus.
Mereka akan takut untuk datang kerana kulit durian yang berduri tajam tu dan juga sebab baunya yang tak digemari oleh tikus.
5. Sisa teh uncang
Gunakan uncang yang dah digunakan dan gantungkan pada tempat yang selalu tikus lalu.
Tikus memang tidak suka dengan bau teh uncang dan pada masa yang sama uncang itu juga boleh menghalau labah-labah.
6. Serai wangi
Serai wangi merupakan cara yang paling popular untuk halau tikus. Terdapat pelbagai produk yang telah dibuat menggunakan serai wangi ini seperti dalam bentuk serbuk, cecair, dan kiub.
Cara-caranya adalah letakkan serai wangi segar atau sembur cecair serai wangi pada laluan atau sarang tikus.
Baca juga: Sayang Nak Buang Banyak Nostalgianya, Ini Tips Ubah Suai KABINET TV Lama Jadi Lebih ‘Trendy’!
7. Ubat gegat

Gambar: Google
Ubat gegat atau naphtalene hanya perlu diletakkan di tempat yang sering menjadi kawasan laluan atau sarang tikus.
Namun awas, ubat gegat ini turut mengandungi racun yang bukan sahaja berbahaya kepada tikus, tetapi juga anak kecil kerana ia sering disalah ertikan sebagai gula-gula oleh kanak-kanak.
8. Cuka atau serbuk lada hitam
Titiskan cuka ke dalam bekas kecil pada tempat laluan tikus dan kena sentiasa tambah cuka di situ.
Selain itu, boleh juga taburkan serbuk lada hitam pada laluan tersebut.
9. Bela kucing
Pada yang gemar dengan kucing mesti suka dengan cara ini. Tapi, perlu pastikan yang kucing itu memang jenis yang sangat pandai menangkap tikus.
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Pantas Buat Bara, Lepas Kira 1 2 3 Terus Menyala Api Dah Boleh BBQ!
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
FT Image: Getty Images / noosapest / Kritchai Chaibangyang / Getty Images

