Euforia Bola 2026
Sihat

Ibu Ini Ajar Cara Mandikan Anak Demam Campak Tanpa Gatal Teruk & Pantang Larang Diamalkan!

pantang larang demam campak

Pantang larang demam campak dan petua tradisional yang diamalkan bersama rawatan moden boleh membantu melegakan rasa gatal dan miang yang dialami pesakit. Tidak kira zaman, amalan ini masih relevan jika dilakukan dengan betul.

Pengetahuan ini diambil daripada hantaran Mohamad Aziefie yang dikongsikan semula di Facebook oleh Petua Indah.

Baca juga: Nampak Biasa Tapi Air Barli Ini ‘Power’ Untuk Buah Pinggang, Patutlah Nenek Kita Amalkan!

PANTANG LARANG DEMAM CAMPAK

pantang larang demam campak

Gambar hiasan Harian Metro

Kebiasaannya, sebelum virus demam campak menunjukkan tanda-tanda jelas, simptom pertama yang dialami ialah demam panas. Seperti pengalaman dilalui si kecil Baby Mina, mengalami demam panas berlarutan selama dua hari.

Pada awalnya, menyangka ia hanya demam biasa. Namun, apabila suhu mencecah 37.5°C, ubat demam paracetamol diberikan setiap empat jam dan lebih cenderung menggunakan ubat tahan sakit jenis Nurofen kerana rasanya lebih sedap dan kesannya lebih cepat.

Suhu anak perlu dipantau sentiasa. Dia turut menjelum air asam jawa di bahagian ketiak, kelangkang, dahi dan kepala.

Perlu diingat, demam tinggi sehingga 39°C-40°C amat berbahaya kerana anak berisiko mengalami sawan tarik. Ubat paracetamol supositori (ubat buntut) perlu sentiasa disediakan di dalam peti sekiranya keadaan tersebut berlaku.

Petua meredakan demam campak

Antara amalan yang beliau lakukan ialah memandikan anak dengan kerap menggunakan air suam bersuhu bilik. Pakaikan pakaian nipis dan elakkan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu turun mendadak.

Cara menyediakan air mandian:

  1. Masukkan air panas secebuk.
  2. Tambah air paip sehingga mencapai suhu bilik (uji dengan siku).
  3. Boleh tambah perahan atau potongan lemon sebagai petua ubat demam.

Pada hari ketiga, ruam campak Baby Mina mula timbul di muka dan tangan, kemudian merebak dengan cepat hingga ke kaki pada waktu malam.

Untuk mengesahkan ia benar-benar demam campak, dia membawa anak ke Klinik Kesihatan bagi melakukan ujian darah. Di mana, ujian yang sama digunakan untuk mengesan demam denggi sebelum doktor memberikan rawatan lanjut.

Pantang larang semasa demam campak 

  1. Jangan mandikan pesakit dengan air kelapa sebelum ruam campak turun hingga ke tapak kaki. Dibimbangi campak tidak keluar sepenuhnya dan akan berulang.
  2. Elakkan memasak dengan cara menumis atau menggoreng ketika pesakit berada di rumah kerana dikatakan ruam ‘merajuk’ dan tidak keluar sepenuhnya, menyebabkan rasa gatal bertambah.
  3. Jangan terkena air hujan kerana bimbang parut kekal seumur hidup.
  4. Jangan makan kicap kerana dikhuatiri meninggalkan parut hitam kekal.
  5. Elakkan menggunakan sabun biasa bagi mengelakkan reaksi teruk pada kulit.

Baca juga: Rahsia Orang Lama Rawat PCOS, Dengan 6 Petua Ini Haid Jadi Lancar & Hormon Pun Stabil!

Petua menggunakan daun semambu 

pantang larang demam campak

Gambar mymnps:Daum semambu

Daun semambu mudah didapati, khususnya di rumah jiran berbangsa India. Namun, hormati pantang larang kaum lain iaitu bawa sedikit duit syiling dan letakkan di pokok sebagai tanda sedekah.

Cara penggunaan:

  1. Ambil sedikit daun, ikat dengan getah, dan sapu pada bahagian gatal.
  2. Letakkan di tempat tidur dengan lapik kain nipis seperti kain lampin.
  3. Ramas beberapa genggam daun, campurkan dengan air suam, dan gunakan untuk mandi.
  4. Alternatif lain ialah sabun semambu atau neem organik yang lembut pada kulit.
  5. Sapuan nipis losen calamine juga membantu melegakan rasa gatal.

Cara menggunakan air kelapa

  1. Jarakkan pengambilan air kelapa daripada waktu makan ubat doktor kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat.
  2. Berikan 2-3 sudu air kelapa setelah ruam turun hingga ke kaki bagi memastikan ia keluar sepenuhnya dan tidak berulang.
  3. Pesakit juga boleh dimandikan dengan air kelapa.

Semoga perkongsian daripada Mohamad Aziefie ini memberi manfaat kepada ibu bapa yang berdepan situasi anak menghidap demam campak. Gabungan pantang larang dan rawatan moden dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan serta mengelakkan komplikasi.

Baca juga: Ulam Biasa Tapi Khasiatnya Luar Biasa, Kehebatan Pokok Jarum Tujuh Bilah Bantu Lawan Sel Kanser

Sumber: Mohamad Aziefie

FT Image: dindiny / tropika.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×