Ramai yang tidak tahu bahawa di Malaysia, bukan semua jenis baka anjing boleh dibela secara bebas. Terdapat baka-baka tertentu yang DIHARAMKAN terus daripada dipelihara kerana dianggap berbahaya, manakala ada juga baka yang hanya boleh dibela dengan syarat pemilik memperoleh lesen khas.
Mungkin antara senarai baka anjing ini kelihatan comel dan mahal di wajahnya, namun jangan sesekali bela kerana mereka boleh bertindak ganas!
JENIS BAKA ANJING DILARANG BELA DI MALAYSIA, MEMANG GANAS SEMULAJADI!

Kerajaan meletakkan peraturan tersebut bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin. Sesetengah baka anjing terkenal dengan sifat agresif, kekuatan fizikal yang luar biasa, serta risiko mendatangkan kecederaan sekiranya dibela oleh individu yang tidak berpengalaman atau tidak bertanggungjawab.
Antara kategori yang wujud ialah:
- Baka Dilarang: Anjing jenis ini langsung tidak dibenarkan dibela di Malaysia kerana tahap agresifnya yang tinggi.
- Baka Terhad: Boleh dibela, tetapi pemilik wajib memohon lesen khas serta mematuhi peraturan ketat termasuk aspek kawalan, perumahan dan keselamatan.
Mungkin anda pernah terserempak dengan anjing daripada senarai ini tanpa menyedarinya. Oleh itu, penting untuk masyarakat lebih peka terhadap peraturan ini agar tidak menyalahi undang-undang serta memastikan kebajikan haiwan dan keselamatan orang awam sentiasa terpelihara.
Senarai baka anjing DILARANG di Malaysia:
- American Pit Bull Terrier
- American Staffordshire Terrier
- Staffordshire Bull Terrier
- Pit Bull Terrier
- Dogo Argentino
- Fila Brasileiro
- Japanese Tosa
- Akita
Senarai baka anjing TERHAD di Malaysia:
Baka ini masih boleh dibela, tetapi pemilik perlu mendapatkan lesen khas daripada pihak berkuasa tempatan serta mematuhi syarat ketat.
- German Shepherd (Alsatian)
- Rottweiler
- Doberman Pinscher
- Bull Mastiff
- Perro de Presa Canario (Canary Dog)
- Mastiff
- Dogue de Bordeaux

*Jadi, hati-hati ya semua walaupun mampu untuk membeli dan membela tapi jangan salahkan anjing pula yang ‘mengamuk’!
Baca juga: 8 Jenis Baka Kucing Termahal Dunia, Harga Hampir Sama Nilai Beli Sebuah Rumah
Sumber: IG @ppim.official
