Euforia Bola 2026
Nur

Isu Usahawan Terkenal Bela Anjing Di Rumah Untuk Keselamatan, Ini Teguran Mufti & Hukumnya

hukum bela anjing

Hukum bela anjing dalam kalangan umat Islam sering menjadi persoalan, terutamanya apabila melibatkan faktor keselamatan di rumah. Isu ini kembali tular apabila usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, memaklumkan telah membela dua ekor anjing baka ‘German Shepherd’ (K9) bagi menjaga kediaman mewahnya yang terletak di puncak bukit Batang Kali di Selangor.

Meskipun niat itu berlandaskan keselamatan, persoalan hukum tetap menjadi perkara utama dalam masyarakat Muslim yang berpegang kepada mazhab Syafie. Jadi, apa pandangan sebenar Islam dalam hal ini?

Baca juga: Nak Cantik Bertudung Tapi Rambut Gugur Pula, Gaya Bonggol Mungkin Penyebabnya!

HUKUM BELA ANJING DI RUMAH UNTUK KESELAMATAN

hukum bela anjing

Bonda Rozita bersama kedua ekor anjing K9 miliknya. – Kosmo!

Umat Islam dinasihatkan tidak membela anjing di dalam kawasan rumah jika tiada keperluan yang sangat mendesak, ujar kenyataan mufti melalui portal Mufti Wilayah Persekutuan. Ini kerana:

“Kami cenderung agar tidak dibela anjing di kediaman orang Islam untuk mengelakkan fitnah dalam konteks masyarakat kita yang bermazhab al-Syafie.” terang mufti.

Sebaliknya, terdapat beberapa langkah keselamatan alternatif boleh diambil seperti memasang sistem penggera, mendapatkan perkhidmatan pengawal keselamatan, menyertai komuniti seperti Rukun Tetangga atau menggunakan kamera litar tertutup (CCTV).

Baca juga: Risau Ramai Islam Terjebak Trend “S-Line” Simbol Pengalaman Seksual, Seakan Bangga Dedah Aib!

Selain itu, ulama dalam mazhab Syafi’i telah menetapkan keharusan untuk membela anjing ini hanya untuk beberapa keadaan sahaja iaitu:

  • Untuk tujuan pemburuan
  • Menjaga tanaman
  • Melindungi ternakan

Malah, terdapat riwayat hadis yang lain menyatakan kesan buruk memelihara anjing di dalam rumah menjadi penyebab terhalangnya rahmat Allah SWT ke dalam. Hadis yang diriwayat oleh Abi Thalhah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Malaikat tidak masuk ke dalami rumah yang terdapat anjing, dan patung untuk disembah.” (Riwayat Bukhari: 3225)

Merujuk kepada riwayat tersebut, mana-mana rumah atau kediaman yang mempunyai anjing dan gambar patung atau haiwan tidak akan dimasuki oleh malaikat.

Sheikh Badruddin al-Aini menjelaskan lagi maksud ‘malaikat’ pada hadis tersebut ialah merujuk kepada malaikat yang membawa rahmat dan keampunan bukan malaikat penjaga. (Rujuk Umdat al-Qari Syarh Sohih al-Bukhari: 11/224)

Baca juga: Hukum Melihat Kemaluan & Najis Ketika Buang Air, Ini Penjelasan Yang Jelas Daripada Ustaz

Islam menggalakkan umatnya bersikap prihatin dan berbuat baik kepada haiwan termasuk anjing. Dalam masa yang sama kita perlu sentiasa mengutamakan hukum dan batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Justeru, memelihara anjing tanpa tujuan yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan boleh menyebabkan dikurangkan pahala serta dijauhi daripada rahmat Allah SWT.

Umat Islam perlu peka dengan hukum hakam berkaitan ‘pergaulan’ dengan anjing ini bagi mengelakkan sebarang perbuatan yang menyalahi syarak dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Baca juga: Pelupa Bila Belajar? Cuba Amalkan 5 Doa Mudah Hafal Ini Hari-Hari, Otak Jadi Lebih Tajam!

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan (1), (2) / Kosmo!

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×