Euforia Bola 2026
Famili

Budak 3 Tahun Cedera Betis Kiri, Digigit Anjing German Shepherd Di Puchong!

anjing German Shepard

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera di bahagian betis kiri selepas diserang anjing German Shepherd jenis kacukan di kawasan perumahan Lake Edge, Puchong.

Kejadian berlaku ketika mangsa berjalan pulang ke rumah bersama neneknya selepas bermain di taman permainan berhampiran kira-kira jam 8.10 pagi, Selasa lalu.

Baca juga: Bahaya Chemsex – Guna Dadah Untuk Kepuasan Sek*, Ramai Terjebak Berisiko Terkena HIV

ANJING GERMAN SHEPHERD GIGIT BUDAK 3 TAHUN

anjing German Shepard

Gambar hiasan AI

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, anjing berkenaan dipercayai terlepas dari rumah pemiliknya sebelum menyerang mangsa secara tiba-tiba.

Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami luka pada betis kiri akibat gigitan tersebut.

“Berikutan kejadian itu, pihak polis telah menahan seorang wanita berusia 60 tahun yang dikenal pasti sebagai pemilik anjing tersebut bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan tidak memiliki lesen anjing yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.

Baca juga: Mayat Reput Ibu & Anak 2 Tahun, Temui Noktah Duka Bongkar Derita Tersembunyi Di Pangsapuri Bukit Gambir

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan atas kesalahan kecuaian berkaitan haiwan. Jika sabit kesalahan, pemilik haiwan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tambah Muhamad Farid, pihak polis mengingatkan semua pemilik haiwan peliharaan, termasuk pemilik anjing German Shepherd atau mana-mana baka lain, agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan.

Langkah ini penting bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terpelihara dan mengelakkan kejadian tidak diingini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat haiwan peliharaan berkeliaran tanpa kawalan atau mengancam keselamatan awam. Ini bagi membolehkan tindakan segera diambil bagi melindungi masyarakat.

Baca juga: Hanya Berbeza Cara Masak Nasi, Ipar Duai Bermasam Muka Sampai Nak Runtuh Rumah Tangga

Sumber: Sinar Harian

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×