Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Hati-Hati Para Suami, Ini Senarai Kata-Kata Marah Yang Tidak Boleh Dibawa Main..Takut JATUH TALAK!

jatuh talak

Ramai suami mungkin tidak sedar bahawa setiap kata-kata marah atau gurauan yang keluar daripada mulut mereka boleh memberi kesan besar dalam rumah tangga iaitu jatuh talak!

Oleh itu, fahami jenis-jenis lafaz ini supaya tidak tersilap langkah hingga meruntuhkan mahligai yang dibina.

Baca juga: Jenis & Beza Talak Penceraian Dalam Islam, Fikir Dahulu Sebelum Lafazkan Ya..

AWAS PARA SUAMI, JANGAN UNGKAP AYAT INI..RISAU JATUH TALAK!

jatuh talak

Foto: freepik

1. Lafaz Talak Ṣoreh (Jelas)

Lafaz yang terus dan nyata menunjukkan cerai, tanpa perlu niat. Bila suami sebut, ia terus jatuh talak.

Contoh:

“Aku ceraikan kau.”

“Mulai hari ini, engkau bukan isteriku lagi.”

“Aku talakkan kau dengan satu talak.”

– Jika diucapkan, talak jatuh serta-merta, walaupun suami kata dia bergurau.

2. Lafaz Talak Kinayah (Sindiran/Kiasan)

Lafaz yang tidak jelas maksudnya cerai, boleh membawa maksud lain. Ia hanya jatuh talak jika suami memang niatkan cerai ketika lafaz itu.

Contoh:

“Baliklah ke rumah mak ayah kau, aku tak nak kau lagi.”

“Kau pergilah, aku bebas kau sekarang.”

“Kita berpisah sahaja, aku tak mampu teruskan.”

– Kalau suami niat cerai, maka talak jatuh. Kalau tidak berniat, ia hanya dianggap kata-kata biasa.

3. Lafaz Ta‘liq (janji/syarat)

Ta‘liq bermaksud talak yang digantungkan dengan sesuatu syarat. Maksudnya, suami mengucapkan kata-kata cerai yang akan jatuh talak bila syaratnya berlaku.

Contoh: “Kalau engkau keluar rumah tanpa izin aku, maka jatuhlah talak satu.”

“Kalau kau bercakap dengan aku, jatuh talak.”

Dalam masyarakat kita, lafaz ta‘liq rasmi biasanya dibaca oleh suami selepas akad nikah, mengikut teks yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

  • Ta‘liq selepas nikah (rasmi) – yang dibaca dalam akad nikah (diguna pakai di Malaysia).
  • Ta‘liq biasa (syarat dalam pertengkaran).

-Talak akan jatuh hanya jika syarat itu berlaku.

jatuh talak

Foto hiasan.

*Jadi, kalau boleh ketika marah diam dulu dan tenangkan diri…

Baca juga: 90 Peratus Rumah Tangga Berakhir Dengan Pergaduhan & Penceraian Kerana Tidak Solat

Sumber: Tiktok @triplennnn, Tiktok UAI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×