Euforia Bola 2026
Sihat

Jantung Berdebar Tiba-Tiba Sebenarnya ‘Bisikan’ Awal Masalah Serius, Bukannya Jatuh Cinta!

jantung berdebar

Melalui perkongsian terkini Public Health Malaysia (PHM), jantung berdebar dengan tiba-tiba bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Hal ini kerana, ia boleh menjadi tanda awal kepada masalah jantung yang serius.

Justeru itu, ketahui dengan lebih lanjut punca jantung berdebar yang tidak disangka seperti di bawah.

Baca juga: Kerap Makan Oat Jadi Penyebab Wanita Ini Menggigil Satu Badan, Puncanya Risau Berat Badan Naik!

JANTUNG BERDEBAR

jantung berdebar

Gambar penuli

Jantung berdebar, jangan anggap remeh

Kadang-kadang jantung berdebar datang tiba-tiba. Mungkin selepas minum kopi, selepas berdepan tekanan atau ketika badan terlalu letih.

Tapi tahukah anda, ada kalanya ia boleh menjadi tanda awal masalah jantung yang serius? Jika jantung anda:

  • Berdebar terlalu kerap,
  • Terasa seperti berdegup laju tanpa sebab,
  • Atau disertai rasa sesak nafas, pening atau sakit dada

Jangan tunggu. Dapatkan pemeriksaan awal.

Pemeriksaan mudah seperti ECG, ujian darah dan konsultasi doktor boleh membantu mengesan masalah sebelum menjadi lebih serius.

Lebih cepat dikesan, lebih besar peluang untuk rawatan berkesan.

Sayangi jantung anda. Berdebar bukan selalu normal. Kadang-kadang, itu cara badan berbisik, meminta anda untuk berhenti sejenak dan ambil peduli.

Baca juga: Tercungap-Cungap Dek Serangan ‘Anxiety & Panic’, Ini 5 Langkah Kecil Untuk Bantu Diri!

Punca jantung berdebar yang tidak disangka

  1. Dehidrasi – Kurang air menyebabkan jantung bekerja lebih keras
  2. Anemia (kekurangan zat besi) – Darah kurang oksigen, jantung pam lebih laju
  3. Stres/Kebimbangan tersembunyi – Aktifkan hormon ‘fighr or flight’
  4. Kesan sampingan ubat – Contoh: ubat selsema, diet atau asma
  5. Hypoglycemia (gula darah rendah) – Adrenalin meningkat
  6. Sensitiviti kafein – Sedikit kafein pun boleh cetus debaran
  7. Gangguan tiroid (hipertiroldisme) – Tiroid terlalu aktif mempgercepatkan degupan
  8. Ketidakseimbangan hormon – Seperti menopaus atau PMS, ganggu ritma jantung
  9. Kekurangan magnesium / potassium – Gangguan kestabilan elektrik dalam jantung

Baca juga: Ibu Kena Tukar Makanan Anak Kepada 9 Jenis Ini, Bantu Anak Speech Delay Banyak Bercakap!

Gunakan ‘Pulse Oximeter’ untuk pantau kadar nadi anda.

jantung berdebar

Gambar: PHM

 

Baca juga: Terkejut Kerap Gosok Gigi Tapi Semakin Kuning, Rupanya Selalu Buat 4 Kesalahan Ini!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: Gambar penulis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×