Pernah tak anda mengalami masalah jantung berdebar bila minum kopi? Perkara ini sering disalah anggap sebagai anxiety tetapi sebenarnya ia berlaku kerana sistem saraf dan organ dalaman tidak berada dalam keadaan seimbang.
Perkara ini diceritakan dengan lebih lanjut oleh pengguna media sosial dan rawatan mudah untuk mengelakkan jantung berdebar adalah dengan bernafas cara yang betul.
Baca juga: Daun Jambu Batu Boleh Bantu Elak Kanser Prostat, ‘Bahan’ Semula Jadi Untuk Kesihatan Lelaki
PERNAH TAK JANTUNG BERDEBAR BILA MINUM KOPI? INI SEBABNYA

Freepik
Saya dulu memang elak minum kopi. Setiap kali minum, mesti jantung berdebar, rasa gelisah, tangan sejuk, seolah-olah diserang anxiety. Saya fikir mungkin saya tak sesuai dengan kafein. Tapi selepas mendalami kaitan antara kopi, sistem saraf dan kesihatan dalaman, barulah saya faham bukan kopi yang salah sepenuhnya.
Kafein mengaktifkan sistem saraf simpatetik iaitu sistem “fight or flight” badan kita. Bila minum kopi, ia merangsang kelenjar adrenal untuk menghasilkan hormon adrenalin. Dalam keadaan normal, badan boleh proses tindak balas ini dengan baik.
Namun, jika sistem saraf kita sudah lemah, tindak balas ini menjadi berlebihan. Hasilnya:
- Jantung berdebar
- Tangan dan kaki sejuk
- Rasa takut atau cemas tanpa sebab
Dalam perubatan tradisional Cina (TCM), organ seperti limpa, perut dan pankreas bukan sahaja berperanan mencerna makanan, tetapi juga mencerna emosi dan tekanan hidup.
Apabila organ-organ ini menjadi lemah, tenaga (Qi) akan naik ke bahagian atas tubuh, menyebabkan berlakunya gejala seperti rasa panas di dada, pening kepala dan sendawa berulang.
Dalam masa yang sama, minda menjadi kabur, mudah mengalami overthinking, serta sukar untuk fokus dan membuat keputusan.

Tubuh pula cepat berasa lesu, otot kehilangan kekuatan, dan individu akan mula merasa berat, malas serta kurang bermotivasi untuk bergerak.
Bila anda minum kopi dalam keadaan ini, akan menambahkan beban pada sistem pencernaan/hormon seperti kortisol dan adrenalin makin tinggi dan anxiety bertambah.
Dulu, saya sangka semuanya berpunca daripada fikiran. Tapi selepas belajar tentang hubungan antara sistem pernafasan, saraf vagus, hormon dan organ, saya mula faham bahawa keresahan saya adalah isyarat daripada badan yang sedang tidak seimbang.
Sebenarnya latihan pernafasan bantu untuk pulih masalah jantung berdebar bila minum kopi. Saya mula amalkan teknik pernafasan tertentu untuk Mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik, menstabilkan aliran Qi di organ limpa, ginjal, dan paru-paru.
Hasilnya? Saya kini boleh minum 2 hingga 3 cawan kopi sehari tanpa rasa berdebar atau panik. Namun, setiap badan berbeza-beza.
Baca juga: Kes Kematian Pertama Covid-19 Tahun Ini Libatkan Individu Tanpa Dos Penggalak Kedua – KKM
Sumber: Umar Paranorms
