Euforia Bola 2026
Nur

Jangan Terlepas Untuk Minta 8 Doa Ini, 10 Minit Sebelum Masuk Waktu Berbuka!

Doa Sebelum Berbuka

Waktu berbuka memang saat-saat yang dinantikan untuk kita mengisi perut setelah seharian berpuasa berlapar dan dahaga di waktu siang. Namun alangkah indahnya, jika kita dapat manfaatkan sekejap, pada 10 minit sebelum masuknya waktu dengan meminta doa sebelum berbuka kepada Allah SWT.

Antara ruang waktu di mana, doa-doanya tidak ditolak oleh Allah SWT. Sekiranya, anda tidak tahu ingin berdoa atau meminta apa kepada Allah. Mari lihat doa-doa di bawah ini yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Shahid. Boleh jadikan sebagai doa amalan juga.

Baca juga: Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi 5 Anugerah Allah Kepada Umat Nabi Muhammad Di Bulan Ramadan

SENARAI 8 DOA SEBELUM BERBUKA BOLEH DIBACA

Doa Sebelum Berbuka

Gambar hiasan: Gemini AI

10 minit sebelum berbuka bukan masanya untuk merenung makanan di atas meja, tapi ia adalah peluang keemasan untuk merendah diri di depan Allah dan melimpahkan doa kepadaNya.

Antara doa-doa yang boleh dipohonkan kepada Allah SWT 

Nak doakan apa je? Boleh doakan perkara ini sementara nak tunggu berbuka:

1. Ya Allah, terimalah puasaku, doa-doaku, zikir-zikirku, sedekahku, zakatku & semua amalan kebaikanku di bulan mulia ini

2. Ya Allah, ampunkanlah jika ada kekurangan dalam puasaku & ketaatanku kepadaMu dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang sentiasa ikhlas beribadat kerana-Mu.

3. Ya Allah, ampunkanlah semua dosa-dosaku sebelum bulan Ramadan & pandulah aku untuk tak mengulangi kesilapan yang sama lagi

4. Ya Allah, bantulah aku untuk istiqomah melakukan kebaikan yang aku lakukan di bulan Ramadan ini untuk bulan-bulan selepas Ramadan.

Baca juga: Perjuangan Rasulullah SAW Dalam Bulan Ramadan, Dr.Ahmad Sanusi Kongsi Pengajaran Perang Badar

Doa Sebelum Berbuka

Gambar hiasan: Gemini AI

5. Ya Allah, jadikan aku hamba-Mu yang bertaqwa & soleh. Ya Allah tempatkan aku dalam kalangan hamba-Mu yang Engkau cintai.

6. Ya Allah, kurniakan kepadaku rezeki yang halal & rahmatilah aku dengan kebaikan di manapun aku berada.

7. Ya Allah, kurniakan kesihatan yang terbaik untukku & jauhkan aku dari semua penyakit.

8. Ya Allah, ampunkanlah dosaku, keluargaku & orang yang aku sayangi and payungilah mereka dengan perlindungan dan rahmat-Mu.

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

Berdoalah banyak-banyak pada waktu ini.

Baca juga: Risau Susu Badan Kurang Ketika Berpuasa? Pakar Kongsi Kandungan Protein Ibu Kena Ambil

Sumber: Twitter Aisyah Shahid

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×