Cara berbuka puasa yang diamalkan setiap hari sebenarnya memberi kesan besar terhadap tahap tenaga dan kesihatan sepanjang Ramadan.
Jika tersilap urutan makanan, ia boleh menyebabkan rasa mengantuk, cepat lapar dan keinginan makan berlebihan pada waktu malam.
Baca juga: KKM Jelas Kesiapsiagaan & Langkah Cegah Jangkitan Virus Nipah Di Malaysia, Awas Dengan Tanda Ini!
CARA BERBUKA PUASA DENGAN BETUL, GUNA KAEDAH F.P.C

Freepik
Ramai yang mula berbuka dengan kuih manis atau minuman bergula, namun tabiat ini sebenarnya menjemput insulin spike, rasa lesu (food coma), dan keinginan makan berlebihan selepas solat Tarawih.
Perut yang kosong selama kira-kira 14 jam menjadi sangat sensitif terhadap gula. Apabila makanan manis seperti kuih atau minuman bergula dimakan terus selepas berbuka, gula akan masuk ke saluran darah dengan cepat.
Selain itu, badan akan menghasilkan insulin secara drastik untuk menyimpan gula sebagai lemak. Selepas itu, tenaga akan jatuh mendadak, menyebabkan rasa lemau dan cepat lapar semula.
Oleh itu, urutan pemakanan ketika berbuka sangat penting untuk menstabilkan gula dalam darah dan mengekalkan tenaga.
Menurut sains pemakanan, urutan F.P.C – Fiber, Protein, Carb, dapat membantu mengurangkan insulin spike:
1. Fiber & Protein – memperlahankan penyerapan gula.
2. Carbohydrate – dimakan selepas protein dan serat untuk tenaga berterusan.
Langkah 1: Air kosong + fiber dan protein terlebih dahulu
Mulakan berbuka dengan segelas air kosong untuk menghidrat semula badan. Kemudian makan lauk yang kaya dengan protein dan serat:
- Ayam bakar, ikan stim, telur rebus, sup daging
- Tempeh, ulam-ulaman, sayur-sayuran
Protein dan serat ini akan menyediakan lapisan perlindungan dalam perut sebelum karbohidrat dimakan, membantu memperlahankan penyerapan gula.

Freepik
Langkah 2: Karbohidrat dan kurma Kemudian
Selepas protein dan serat, baru makan karbohidrat seperti nasi atau kuih. Serat dan protein yang dimakan terlebih dahulu akan memperlahankan penyerapan gula, mengurangkan insulin spike dan menstabilkan tenaga.
Dengan mengikuti urutan ini, anda akan perasan:
1. Tidak mudah mengantuk selepas berbuka.
2. Lebih bertenaga untuk menunaikan solat Tarawih.
3. Keinginan untuk makan manis tengah malam berkurangan.
4. Rasa kenyang lebih lama sehingga sahur.
Amalkan urutan ini sepanjang Ramadan dan rasai sendiri perbezaannya. Ilmu pemakanan yang tepat boleh menjadi senjata terbaik untuk menjaga tenaga dan kesihatan semasa berpuasa.
Baca juga: Budak 6 Tahun Alami Batuk Berpanjangan, Muntah Keluar Cacing Yang Merayap Dari Usus Hingga Tekak!
Sumber: Threads Akmal Hakim Hilman
