Berbuka puasa di masjid merupakan antara aktiviti dan peluang yang dinantikan orang ramai pada setiap tahun di bulan Ramadan. Hal ini kerana, berbuka secara beramai-ramai dapat menyemarakkan lagi ikatan persaudaraan sesama manusia biarpun tidak saling mengenali.
Melalui perkongsian seorang bapa yang dikenali sebagai Wan Wasabi di Facebook, terdapat 12 tips berbuka puasa di masjid yang dikongsikannya kepada masyarakat umum. Khususnya, buat individu yang belum pernah merasai pengalaman tersebut.
Baca juga: Agar Tak Timbul Rasa Waswas, UAI Jelaskan Hukum Bayar Zakat Fitrah Secara ‘Online’!
12 TIPS BERBUKA PUASA DI MASJID

Gambar: Wan Wasabi
Tahun lepas kami buat ‘mosque hopping Ramadhan’ sekitar KL, Putrajaya, Cyber, Kajang dan Bangi.
Ada masjid sangat panas. Ada masjid tak dapat makan. Ada masjid memang penuh orang luar. Ada yang makanan sedap. Ada ultra moden.
Tahun ini kami fokus kepada masjid yang mesra sedikit dengan bayi. Jadi, banyak hari cuma ke Masjid Putra.
Baca juga: Dr. Ahmad Sanusi Tegaskan Jangan Normalisasi Maksiat, Tak Payah ‘Ship Couple’ Belum Kahwin
Kalau anda semua tak pernah berbuka puasa dekat masjid, saya bagi sedikit tips:
1. Cari info masjid
Buat sedikit ‘research’. Tak semua masjid ada buat iftar. Boleh semak di sosial media atau orang setempat.
Ada masjid siap bagi menu lagi setiap hari. Ini kalau kena beriani kambing, kau datanglah jam 6 petang.
2. Utamakan masjid besar
Surau, musolla, masjid kecil kadang-kadang memang cukup untuk komuniti setempat sahaja. Bukan tak OK, cuma kena tengok tengok dulu.
Paling kau risau orang tanya, “ni anak siapa?” haha.
3. Bawa makanan back up sendiri
Kebarangkalian untuk tak dapat makan itu ada. Kami pun biasa sahaja tak dapat makan.
Tahun ini hari ke-2 Ramadan, kami ke Masjid Putra, sampai jam 6.55pm. Khalas, makanan habis.
Tetapi memang ada back up sendiri, jadi tak ada ralat. Tetapi ada pula tempat berlebih. Ikut rezeki Allah bagi.
4. Bawa safrah atau tempat alas makan sendiri
Kalau berkeluarga, memang biasanya kena set up kawasan sendiri. Jika ada safrah senang.
Lagi pun kalau tertumpah, makanan jatuh, senang nak bersihkan.
5. Datang awal
Seawal 6.30 petang. Ini sangat penting sebab makanan tak tunggu.
Selepas dapat makanan boleh baca al-Quran.
6. Tetapkan niat
Datang untuk beribadah, bukan makan percuma. Sebab sangat ramai datang semasa iftar, balik selepas makan.
Solat Maghrib pun tidak. Kagum abang.
Baca juga: Nora Danish Berjaya Khatam al-Quran Dalam 10 Hari, Hadiah Ulang Tahun Yang Istimewa!
Baca juga: Rupanya Ada 2 Jenis Keberkatan BESAR Dalam Waktu Sahur, Jangan Terlepas Untuk ‘Rebut’!

Gambar: Wan Wasabi
7. Sediakan sumbangan untuk masjid tersebut
Kita dapat dari sumbangan orang, jadi ringanlah untuk menyumbang.
Ini juga peluang ajar anak bersedekah. Biar anak yang masukkan duit sumbangan. Kalau boleh ajar dia ambil dari duit poket sendiri juga, 50sen pun OK.
Jaga mata, jaga mulut. Ada orang sebelah yang makan bersepah, ada yang anak lasak. Ada yang makan tak habis.
Kita diam. Jangan mengata. Habis dekat situ sahaja pahala nanti. Jaga anak juga. Lagi-lagi jenis tak duduk diam.
9. Jangan tamak dan membazir
Jangan tamak dan membazir. Sangat banyak makanan terbuang waktu Ramadan, terutama kuih-muih.
Ambil macam setahun tak makan. Sekali…buang.
10. Buat ukhwah dengan jemaah lain
Tegur menegur atau senyumlah dengan orang sekeliling. Buat ukhuwah, walaupun senyuman kecil.
Bagi yang bujang, mana tahu ada jodoh dekat sini (eh, betulkan niat!).
11. Bawa makanan untuk bersedekah
Bawa makanan, minuman, jajan atau apa sahaja untuk bersedekah juga. Ada ramai orang.
Bawa coklat kecil atau gula-gula pun ok. Dah kira pahala berbuka dah itu.
12. Jika bawa anak dan bayi
Akhir sekali, untuk ada anak dan bayi macam ini, cuba letak bayi di tempat yang kurang orang ‘bising’.
Ada tempat yang sediakan pengasuh atau tempat bermain. Macam dulu dekat Masjid Shah Alam.
Tahun lepas Masjid Al Umm Bangi dan Masjid Uniten pun ada. Cuma tak salah, masjid Uniten berbayar yang babysitter itu pelajar.
Ada masjid yang ada kawasan bermain, macam masjid Al Ikhlas Seksyen 13, Masjid Besi/Sultan Mizan, Masjid Al Umm. Cuma kalau ada kawasan bermain ini, jagalah anak itu.
Alhamdulillah, dekat Putrajaya ini memang ramai ibu bapa muda dan anak-anak serta bayi. Komuniti pun support!
Selamat berpuasa!
Baca juga: 5 Tips Ibu Bekerja Pam Susu Badan Sambil Puasa, Susu ‘Maintain’ Melimpah Ruah & Badan Tak Penat!
Sumber: Wan Wasabi
FT Image: Berita Harian
