Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu sekolah antara ibu dan guru-guru di sekolah. Dikatakan bahawa cikgu tersebut melontarkan kata-kata kesat kepada si ibu.
Perbalahan yang berlaku antara kedua-dua pihak ini membuatkan si ibu mendedahkan identiti guru-guru berkenaan di media sosial sehingga mendatangkan malu.
Baca juga: 30 Idea Menu Bekal Anak Ke Sekolah, Confirm Makan Sampai Habis & Tak Bosan!
ISU SEKOLAH ANTARA IBU & CIKGU, RUPANYA INI KISAH SEBENAR?

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di laman Facebook milik peguam bernama Mahmud Jumaat, beliau menasihatkan agar warganet mendengar cerita daripada kedua-dua belah pihak.
Menerusi perkongsian itu, Mahmud memuat naik komen daripada salah seorang pengguna media sosisal yang menyatakan bahawa isu sekolah ini berlaku apabila si ibu mula lontarkan kata-kata kesat.
“Saya dah kata! Dengar dari kedua belah pihak. Saya pasti akan bersama dengan side guru. Saya dah kumpul bukti. Jangan delete ya. Saksi semua standby.
“Yang penting kenyataan menghina dan mengaibkan guru jelas-jelas berlaku. Keadilan sudah pasti bersama dengan guru! Mohon saksi-saksi lain yang menyaksikan perkara tersebut untuk contact saya,” jelas Mahmud.
Komen pengguna media sosial itu turut menyatakan perkara sebenar di mana guru berkenaan tidak memberi respon biadab seperti yang ditularkan.
“Saya ada di tempat kejadian, ibunya cemas dan tanya cikgu (1) mana Haila Amani. Cikgu jawab “anak puan yang mana satu ye”. Lepas itu, si ibu pergi tengking cikgu (1).
“Kemudian, cikgu cuba tenangkan ibu dan bantu cari anaknya. Bila dah jumpa semua cikgu kecoh bagi tahu dah jumpa. Tak ada pun saya dengar mereka boo ibu tersebut,” luah pengguna media sosial yang dikenali sebagai Messy.
Diharapkan isu yang berlaku antara guru dan ibu ini dapat diselesaikan dengan adil dan tidak berlaku perkara sedemikian lagi di hari akan datang.
Semoga dijadikan ikhtibar buat anda semua!
Sumber: Facebook Mahmud Jumaat
