Euforia Bola 2026
Famili

Fenomena Main Pemadam Pensil Jadi Gasing, Cikgu ‘Menyamar’ Jadi Murid Darjah 4 Nak Siasat Buat Netizen Terhibur!

pemadam pensil

Kalau zaman dulu, budak-budak sekolah seronok main batu seremban, galah panjang atau ‘zero point’, lain pula gaya generasi sekarang. Trend terbaharu yang mencuit hati dan sedikit membimbangkan ialah permainan pemadam pensil berpusing yang siap upgrade dengan ubat stapler!

Namun, ramai generasi sekarang tidak tahu bahawa permainan ini pernah menjadi fenomena juga suatu masa dahulu!

Baca juga: Fenomena ‘Agungkan’ Watak Syaitan K-Pop Demon Hunters, Bapa Dedah Maksud Tersirat Boleh Terpesong!

MAIN PEMADAM PENSIL JADI ‘TREND’ MURID, CIKGU KONGSI PENGALAMAN KELAKAR!

pemadam pensil

Seorang guru baru-baru ini berkongsi pengalaman unik apabila beliau menyamar jadi murid Darjah 4 semata-mata nak tahu kenapa pemadam budak-budak di sekolah penuh dengan dawai kokot.

Rupanya, itu adalah taktik rahsia untuk bagi pemadam lebih licin dan berpusing macam gasing. Peraturannya ringkas:

  • Pemadam siapa berpusing paling lama, dialah juara.
  • Pemadam siapa berhenti dulu, kena rampas oleh lawan.
  • Malangnya, si guru yang menyamar tadi kalah dalam perlawanan. Akhirnya, pulang ke bilik guru tanpa… pemadam.

Dari 2 Jadi 20 Pemadam Dalam Bekas Pensil!

pemadam pensil

Foto: Cikgu Zahran yang buat orang ramai terhibur.

Jadi, tidak pelik kalau ada murid pada awal tahun hanya mempunyai dua biji pemadam, tapi tak sampai setengah tahun, koleksi bertambah jadi satu kotak pensil penuh. Malah, di ruangan komen, ramai guru menceritakan bahawa setiap hari penuh dengan hasil ‘rampasan perang’ dalam pertarungan harian bersama rakan-rakan sekelas.

Namun, ada sisi serius di sebalik keseronokan ini. Beberapa murid telah cedera akibat terkena dawai kokot tajam dan pihak sekolah akhirnya melancarkan operasi khas dari kelas ke kelas, bersama guru disiplin dan pengawas.

Hasilnya? Beratus pemadam diubahsuai berjaya dirampas, sekali gus menamatkan buat sementara Liga Pemadam yang rancak berlangsung.

Fenomena ini menunjukkan betapa kreatifnya dunia kanak-kanak kerana apa sahaja boleh jadi permainan walaupun pada asalnya hanyalah pemadam. Cuma, bila kreativiti disalurkan ke arah yang bahaya, barulah guru dan ibu bapa perlu masuk campur.

*Mungkin hari ini pemadam berpusing. Esok, siapa tahu, pensel kayu pula jadi lawan pedang ala ala filem Star Wars?

Baca juga: 4 Subjek Ini WAJIB Kena Skor Sebagai Penentu Masa Depan, Pelajar SPM 2025 Kena Ambil Serius!

Sumber: Cikgu Zahran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×