Euforia Bola 2026
Sihat

Influenza A Ragut Dua Nyawa Kanak-Kanak Di Sabah dan Terengganu- Dr.Dzulkefly

influenza A

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua kes kematian kanak-kanak yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jangkitan influenza A.

Menurut laporan, kes ini melibatkan mangsa masing-masing berusia empat dan 11 tahun. Sudah semestinya berita sebegini menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang ramai!

Baca juga: Bahaya Tersembunyi, NPRA Dedah Lebih 200 Produk INI Ada Kapur Barus, Jadi Punca Anak Kerap Sawan!

JANGKITAN INFLUENZA A, DUA KANAK-KANAK MENINGGAL DUNIA

influenza A

Foto: freepik

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata kes pertama membabitkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari Sabah, manakala satu lagi kes melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun dari Terengganu.

“Setakat ini, kita merekodkan dua kes kematian yang mempunyai kaitan dengan influenza. Kedua-dua mangsa disahkan positif influenza A,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH–Pulai) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Dzulkefly menegaskan bahawa pihak KKM masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kematian kedua-dua kanak-kanak itu, termasuk sama ada ia disebabkan secara langsung oleh jangkitan influenza atau melibatkan komplikasi lain.

Sebelum ini, tular laporan mengenai kematian seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Sadong Jaya A, Samarahan, Sarawak, yang didakwa akibat jangkitan influenza. Pagi tadi pula, seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia di Dungun, Terengganu, dipercayai mengalami simptom sama.

Menurut KKM, kajian terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti tahap penularan dan risiko jangkitan influenza di kalangan kanak-kanak, terutama menjelang musim hujan yang sering meningkatkan kadar penyakit saluran pernafasan.

Jadi, peringatan untuk ibu bapa yang mendapati anak-anak mempunyai tanda jangkita Influenza A mendapatkan rawatan dengan segera sebelum terlambat…

influenza A

Baca juga: “Rupanya Aku Autistik”- Wanita Kongsi Perjalanan Disahkan Autism Dewasa Yang Tak Nampak Pada Luaran

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×