Euforia Bola 2026
Sihat

KKM Laksana Program Imunisasi Influenza Kepada Warga Emas Hingga Ogos 2025 Ini, Penting!

vaksin influenza

Oleh kerana wabak penyakit bermusim, Influenza semakin luas merebak sejak kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) bakal melaksanakan Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas bermula 18 Februari 2025. Vaksin influenza ini dianggarkan akan membabitkan 170,000 penerima vaksin di seluruh negara.

Nampaknya, pengumuman dari KKM ini menerima reaksi yang pelbagai dalam kalangan rakyat iaitu ada yang positif dan juga ada yang negatif.

Baca juga: Demam Babi Afrika Kali Pertama Dikesan Di 3 Ladang Ternakan Sepang & Kuala Langat

PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA KEPADA WARGA EMAS BERMULA 18 FEBRUARI

vaksin influenza

Foto: Freepik

Kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni,, temujanji bagi mendapat suntikan itu boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera yang akan dibuka kepada orang ramai pada 14 Februari ini.

Selain itu, untuk program suntikan imunisasi influenza bagi warga emas, suntikan ini terbuka kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas di lokasi klinik yang terpilih.

“Kita menggalakkan agar suntikan ini diambil bagi kesejahteraan masyarakat khususnya warga emas tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Wellness Hub Kulim dan Penyerahan Kunci Pusat Rekod Perubatan Zon Utara di pekarangan Wellness Hub Kulim semalam.

Bagi meluaskan lagi program imunisasi ini, pihak KKM turut menggalakkan sektor swasta dan kerajaan negeri untuk berkolaborasi bagi melaksanakan program suntikan influenza berkenaan. Sebagai contoh ketika COVID-19 terdapat kerajaan negeri seperti Selangor dan Sarawak yang berusaha sendiri untuk menambah bilangan vaksinasi.

“Bagi warga emas ini kaedah yang sama kita boleh bincang di peringkat kementerian,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata KKM kini sedang giat menaik taraf klinik-klinik daif di bawah kementerian itu di seluruh negara. Katanya, terdapat sebanyak 455 projek naik taraf yang sedang berjalan setiap hari di seluruh negara termasuk 41 projek di Kedah.

“Ini merupakan antara transformasi kesihatan yang sedang kita jalankan, diharap ia dapat memberikan penambahbaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat,” katanya.

Selari dengan proses naik taraf perkhidmatan sedia ada, orang ramai juga boleh dapatkan suntikan imunisasi dengan mudah lantas menjamin kesihatan rakyat Malaysia.

Baca juga: Pakar Saran Suami Makan Kacang Supaya Sperma ‘Padu & Melimpah’, Barulah Proses TTC Berjaya!

Sumber: Freepik (foto)Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×