Euforia Bola 2026
Famili

Reputasi Tercemar Akibat Diviralkan Oleh Ibu Pelajar, Teacher Sya Tuntut Ganti Rugi RM500,000

IBU FITNAH CIKGU

Berikutan kes ibu fitnah cikgu yang tular di media sosial baru-baru ini, salah seorang guru terlibat yang dikenali sebagai Teacher Sya akhirnya mengambil tindakan ke atas ibu tersebut.

Menerusi laman Facebooknya, dia memuat naik notis tuntutan yang dihantar kepada ibu terbabit dan perlu membayar pampasan sebanyak RM500,000.

Baca juga: Ibu Sebak Tengok Cikgu Tolak Kerusi Roda Anak OKU Ketika Merentas Desa, “Nak Bagi Dia Pengalaman”

KES IBU FITNAH CIKGU, TEACHER SYA TUNTUT RUGI SEBANYAK RM500,000

IBU FITNAH CIKGU

Notis tuntutan itu meminta agar segala bentuk gangguan dan penerbitan kenyataan fitnah terhadap dirinya diberhentikan secara serta merta.

Cikgu Sya memberitahu bahawa fitnah yang dilakukan oleh ibu berkenaan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang insan bergelar guru selain kesan negatif kepada kehidupan peribadi serta keluarganya di kampung.

“Sebenarnya benda ini sangat kecil bagi saya, boleh selesai dengan cara yang baik. Saya bukan seorang yang kejam tapi bila maruah saya sebagai seorang guru dipijak-pijak macam tak ada harga, tularkan muka saya macam saya tak ada mak dan ayah di kampung untuk melihat. Awak kaitkan peribadi saya dengan kejadian. Jadi, ini jalan terakhir saya untuk awak,” jelas cikgu itu di akaun media sosialnya.

Notis tuntutan itu turut menyatakan agar si ibu membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 dalam masa tujuh hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.

Perbuatan menyebarkan identiti cikgu di media sosial itu telah menyebabkan kerosakan dan kecederaan reputasi yang teruk terpaksa dialami oleh Cikgu Sya.

Dia berharap agar kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada warganet di luar sana dan tidak sewenang-wenangnya percaya tanpa melakukan usul periksa

“Semoga ini jadi ikhtibar untuk semua netizen di luar sana. Jangan mudah sangat untuk menyalah tanpa usul periksa. Terlajak perahu boleh berundur tapi terlajak kata LOD sampai. Awak jual saya beli. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Dua lagi LOD akan sampai pada awak,” ujarnya.

Di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata memberi kata semangat kepada Cikgu Sya selain berharap keadilan berpihak kepada dirinya.

Baca juga: 7 Tahun Tunggu Zuriat, Hud Aryan Satu-Satunya Anak Tunggal.. “Kami Sekeluarga Tak Putus Berdoa”

Sumber: Facebook Sya Saad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×