Ibu bapa Zayn Rayyan menangis pada hari pertama perbicaraan kes selepas jurugambar polis mengemukakan 94 gambar bedah siasat kepada Mahkamah Sesyen.
Saksi pertama pendakwaan, Detektif Koperal Mohamad Hirwan Arifin yang juga merupakan jurugambar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, mengemukakan 142 foto termasuk gambar bedah siasat, tempat kejadian dan forensik serta beg mangsa.
Baca juga: Tak Ada Faedah Bila Takutkan Anak Dengan Hantu, Nampak Kelakar Tapi Banyak Kesan Negatif
IBU BAPA ZAYN RAYYAN MENANGIS, 94 GAMBAR BEDAH SIASAT DIDEDAHKAN

BH Online
Gambar yang didedahkan adalah mayat Zayn Rayyan masih memakai lampin pakai buang, kecederaan lengan, gambar kaki, telinga, muka, kemaluan dan beberapa barangan kanak-kanak itu.
Gambar tersebut didedahkan dalam perbicaraan ini di atas pertuduhan pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan, iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, serta Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Zaim Ikhwan dan Ismanira dilihat menangis di dalam kandang tertuduh ketika saksi mengemukakan semua gambar berkenaan. Mahkamah membenarkan prosiding ditangguhkan beberapa minit berikutan pasangan itu mahu ke tandas.
Mohamad Hirwan menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan untuk mengambil gambar di lokasi jenayah oleh pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail, pada 7 Disember 2023.
Beliau menjawab soalan pada sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad Sapian.
Kamarul Iman: Lima dan enam gambar apa?
Mohamad Hirwan: Ya, itu adalah gambar mangsa bernama Zayn Rayyan
Kamarul Iman: Boleh kamu terangkan gambar tujuh dan lapan?
Mohamad Hirwan: Gambar muka mangsa dan gambar lapan tak silap, kecederaan lengan mangsa.
Kamarul Iman: Gambar 19 hingga 23, boleh terangkan?
Mohamad Hirwan: Gambar mangsa telah dibuka baju dan seluar, cuma ada gambar mangsa memakai ‘pampers’ (lampin pakai buang), gambar kepala hingga badan mangsa, gambar kemaluan mangsa, baju tertulis Zayn Rayyan, seluar mangsa tertulis Cheetah dan gambar bersama ‘pampers’ mangsa.
Selain itu, beliau turut menjelaskan ada mengambil gambar beg mangsa berwarna biru merah kuning putih, terdapat perkataan ‘S’ di tengah-tengah beg serta satu beg kecil berwarna biru merah dan ada gambar kartun bersama botol air berwarna hijau.
Pada 13 Jun tahun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini, antara jam 12 tengah hari 5 Disember dan jam 9.55 malam 6 Disember 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Baca juga: Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam & Pesara, Mula Dibayar Pada 25 Februari Ini
Sumber: BH Online
