Kecoh mengenai isu hukum berpuasa pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik dalam kalangan warganet apabila ada kenyataan pendakwah mengatakan boleh berbuat demikian. Namun, kenyataan boleh puasa Hari Tasyrik tersebut adalah bercanggah dengan hadis dan Mufti.
Oleh itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan mengenai hukum melakukan ibadah puasa pada hari-hari Tasyrik ini. Ambil tahu supaya tidak keliru!
Baca juga: Siapa Ummu Hani’ Yang Dikatakan Cinta Pertama Rasulullah SAW? Mufti Tolong Ceritakan…
PUASA HARI TASYRIK ADALAH HARAM

Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam Hijrah.
Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Bukan itu sahaja, umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga sebelum masuk waktu Maghrib hari tersebut.
Pada hari-hari Tasyrik, umat Islam (Muslim) sama sekali DIHARAMKAN untuk melakukan ibadah puasa, ini kerana Hari Tasyrik juga membawa maksud “Hari Makan Minum”. Jadi untuk tahun 2025, Hari Tasyrik adalah bersamaan 8, 9 dan 10 Jun 2025.
Hadis Rasulullah yang bermaksud:
Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: ”Rasulullah bersabda: ”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”– (Hadis Riwayat Imam Muslim)

*Oleh itu, diingatkan kepada semua umat Islam untuk bertanyakan soalan kepada saluran yang sah dan yakin supaya tidak mewujudkan sebarang kenyataan bercanggah. Yang baik kita ikut, yang kurang baik kita minta jauhkan…
Baca juga: 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah Lebih Baik Dari Jihad, ‘Peluang Emas’ Kutip Pahala Dengan Cara Ini!
Sumber: JAKIM
