Euforia Bola 2026
Asuh

Ustaz Don Kongsi Nama Paling Baik Untuk Bagi Dekat Anak Lelaki, Ada 124,000 Pilihan!

ustaz don

“Nama adalah doa….” Itulah kata-kata yang sering diulang oleh para ulama, mengingatkan bahawa setiap panggilan yang kita berikan kepada anak akan membentuk identiti, akhlak dan masa depannya. Oleh sebab itulah, ada yang bertanyakan kepada Ustaz Don Daniyal tentang nama apa yang bagus diberikan kepada anak lelaki.

Mungkin zaman kini lebih tertumpu kepada nama-nama moden tetapi, berikut merupakan antara saranan nama yang ibu bapa boleh berikan supaya ‘sejuk’ hati mendengar dan tahu maksud.

Baca juga: Hukum Doktor Lelaki Melihat Aurat Jenazah Perempuan Ketika Bedah Siasat, Sampai Mana Boleh Tengok?

USTAZ DON KONGSI NAMA PALING BAIK NAK BAGI DEKAT ANAK LELAKI

ustaz don

Bak kata Ustaz Don, dalam Islam, nama bukan sekadar panggilan harian, tetapi doa dan identiti yang akan dibawa hingga akhir hayat. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyarankan beberapa nama yang terbaik untuk anak lelaki, antaranya Abdul Rahman dan Abdullah iaitu dua nama yang sarat dengan makna penghambaan kepada Allah SWT.

Menurut Ustaz Don, dengan wujudnya 124,000 para nabi yang diutuskan, umat Islam mempunyai begitu banyak pilihan nama yang indah dan penuh sejarah. Nama-nama para nabi seperti Daniel juga boleh dijadikan inspirasi, membawa bersama kisah keteguhan iman dan akhlak mulia.

Namun, antara segala pilihan, nama paling mulia dan berkuasa tetaplah nama Muhammad, termasuk variasinya seperti Ahmad dan Mahmud. Nama ini bukan sahaja memuliakan junjungan besar Rasulullah SAW, malah menjadi sumber keberkatan dan doa kebaikan sepanjang hayat.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau akan berkongsi lebih banyak panduan pemilihan nama dalam sesi seterusnya agar ibu bapa dapat membuat pilihan yang bukan sahaja indah di telinga, tetapi juga membawa makna yang mendalam di sisi Allah.

@ibuinsightQnA Ibu Insight : Nama paling baik nak beri pada anak lelaki? Nak tanya apa lagi? Cuba komen♬ original sound – IbuInsight

Baca juga: “Sumpah Saya Tak Buat!“- Pengasuh Gen Z Tak Mengaku Cengkam Kuku Di Badan Bayi Asuhan, Nampak Lapisan Lemak!

Sumber: Tiktok @ibuinsight

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×