Euforia Bola 2026
Nur

Tarikh Puasa Sunat Muharram 2025, Jangan Terlepas Kalau Nak ‘Bersihkan’ Dosa Setahun Lalu…

puasa sunat muharram

Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Islam dan termasuk dalam kalangan bulan-bulan haram (الاشهر الحرم) yang dimuliakan Allah. Dalam bulan ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh, terutamanya puasa sunat Muharram, kerana ganjarannya sangat besar.

Ini senarai tarikhnya!

Baca juga: Ini Hukum Jika TERSENTUH Kemaluan Lepas Wuduk, Ramai Tak Sedar & Mungkin Selalu Buat!

Tarikh Puasa Sunat Muharram Julai 2025

puasa sunat

Antara puasa sunat yang utama dalam bulan Muharram ialah:

  • Puasa Tasu’a – 9 Muharram
  • Puasa ‘Ashura – 10 Muharram
  • Puasa selepas ‘Ashura – 11 Muharram (bagi yang tidak sempat puasa Tasu’a)

Berdasarkan takwim hijrah-tarikh Masihi, berikut adalah tarikh jangkaan puasa sunat dalam bulan Muharram 1447H bagi bulan Julai 2025:

*5 Julai 2025 (Sabtu) – Puasa Tasu’a
*6 Julai 2025 (Ahad) – Puasa Asyura
*7 Julai 2025 (Isnin) – Puasa Sunat Isnin

*9 Julai 2025 (Rabu) – Puasa Hari Putih
*10 Julai 2025 (Khamis) – Puasa Hari Putih
*11 Julai 2025 (Jumaat) – Puasa Hari Putih

Niat Puasa Sunat Hari Tasu’a

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Bacaan Rumi: Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’ala
Maksudnya: Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Sunat Hari Asyura

نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى

Bacaan Rumi: Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’ala
Maksudnya: Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala

Apa Istimewanya Puasa ‘Ashura?

puasa sunat muharram

Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa pada hari ‘Ashura, aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun yang lalu.”– (Hadis riwayat Muslim)

Bukan itu sahaja, Nabi Muhammad SAW juga menyarankan agar kita berpuasa sehari sebelum atau selepas ‘Ashura untuk membezakan daripada amalan kaum Yahudi, yang juga memuliakan hari tersebut.

Baca juga: Ajaibnya Doa Nabi Yunus Untuk Jiwa Tertekan & ‘Sempit’, Bila Hati Gelisah…Ucapkan Doa INI

Sumber: Masjid Kolam Ayer JB, MySumber

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×