Artikel kali ini penulis ingin kongsikan cara solat sunat Aidiladha yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam pada pagi 10 Zulhijjah setiap tahun.
Solat ini boleh dilakukan secara berjemaah di masjid namun juga boleh dilakukan secara bersendirian jika perlu. Ikuti perkongsian penuh di bawah.
Baca juga: Kalau Anda Tergolong Dalam Senarai Ini, Pastikan Ambil Hibah Sebelum MENYESAL!
TUTORIAL PENUH CARA SOLAT SUNAT AIDILADHA

kredit: Berita Harian
Jika anda solat secara seorang diri, anda boleh berniat seperti ini:
أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini Adaan Lillahi Taala
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Sekiranya solat sebagai makmum, berikut adalah niatnya:
Jika anda solat berjemaah sebagai makmum, anda boleh berniat solat sunat Aidiladha seperti ini:
أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini makmuman Lillahi Taala
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala.
Berikut merupakan langkah untuk mendirikan solat sunat Hari Raya Aidiladha:
1. Membaca niat seperti di atas mengikut kesesuaian.
2. Disunatkan membacalah Doa Iftitah selepas takbiratul ihram.
3. Kemudian lakukan takbir tambahan sebanyak tujuh (7) kali untuk rakaat pertama. Takbir tersebut perlu diselangi dengan bacaan tasbih. Sekiranya anda solat secara berjemaah, biarkan imam mulakan takbir pertama kemudian diikuti oleh makmum.
Subḥanallah Wal-Ḥamdu Lillah Wa La Ilaha Illallah Wallahu Akbar Wa La Ḥawla Wa La Quwwata Illa Billahil-‘Aliyyil-‘Aẓim.
4. Selesai takbir tambahan, baca surah al-Fatihah dan surah lazim yang lain.
5. Seterusnya rukuk, sujud dua kali dan bangun semula untuk rakaat kedua.
6. Rakaat kedua pula, anda perlu mulakan dengan takbir intiqalat.
7. Kemudian lakukan takbir tambahan sebanyak lima (5) kali untuk rakaat kedua dan juga diselangi dengan bacaan tasbih.
8. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim.
9. Kemudian lakukan rukuk, sujud dan tahiyat akhir untuk rakaat kedua.
10. Akhiri Solat Sunat Aidiladha dengan memberi salam. Jika solat berjemaah, maka seterusnya adalah Khutbah Aidiladha.
Diharapkan perkongsian cara solat sunat Aidiladha ini dapat memberi manfaat buat anda semua.
Baca juga: Rupanya Ini Hukum Makan Sup Zakar Lembu, Ramai Lelaki Islam Dah Cuba Sebab Nak ‘Kuat’, Boleh Ke?
Sumber: Aku Islam
