Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Disebabkan Ramai Malas, Pendapatan Servis Lipat Baju Boleh Cecah RM7,000 Sebulan!

servis lipat baju

Salah satu kerja rumah yang sangat leceh dan malas untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja adalah lipat baju. Kesudahannya, baju dan pakaian akan tinggal menggunung dalam raga dan berkedut teruk. Namun, bagi anda yang tidak kisah ingin mengeluarkan duit, inilah masanya untuk menggunakan servis lipat baju yang disediakan ramai!

Satu perbincangan tercetus antara pengguna media sosial mengenai masalah malas lipat kain yang membuka peluang kepada perkhidmatan atau servis melipat kain yang semakin popular ini. Malah, disebabkan ramai orang malas inilah yang menjadikan pendapatan penglipat kain cecah ribuan ringgit!

Baca juga: Kemas & Pantas, Ini Teknik Lipat Baju Cara Marie Kondo Guna ‘KonMari Method’

BUAT SERVIS LIPAT BAJU BOLEH RAIH HINGGA RM7,000 SEBULAN!

servis lipat baju

Menerusi sebuah hantaran oleh Temah Ulu Banat di platform X dengan kapsyen ‘Ramai boleh basuh baju, tapi tak semua orang boleh lipat kain’, dia memuat naik sebuah tangkap layar dimana seorang individu yang membuat perkhidmatan melipat kain mampu meraih sehingga RM1,000 dalam seminggu.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Nurul Atikah Khairi, dia boleh mendapat sebanyak RM500 hingga RM700 jika mengambil kerja melipat kain sebanyak tiga kali seminggu. Malah, dia turut berkongsikan ada yang mendapat ganjaran sehingga RM7,000 dalam masa sebulan!

“Top ejen kami bulan lepas dapat RM7,000 lebih. Ejen itu ambil kontrak dengan inap-inap desa,” tambahnya.

Hantaran ini telah mencetuskan perbincangan antara pengguna media sosial di ruangan komen yang rata-rata bersetuju bahawa tugasan melipat kain adalah sesuatu yang sukar dan leceh. Tambah pula kalau ada yang bekerja tidak tentu waktu, kesudahannya memang menggunung baju dalam raga!

“Kalau di tempat saya, ada perkhidmatan lipat baju dan tolong cucikan di dobi-dobi layan diri. Kalau mahu seterika, pun ada tapi ada cas tambahan. Memudahkan kepada ibu-ibu yang bekerja,” komen netizen.

“Lipat kain dan seterika baju memang leceh. Bagus kalau ada orang yang tawarkan khidmat (lipat kain) ni,” ujar netizen.

“Betul. Yang mana berduit tapi tidak ada masa tu, serah sahaja kepada pakar (lipat baju/seterika). Kepala pun tak kusut, masalah selesai dan pakaian kemas,” kata Temah.

servis lipat baju

*Jadi, ramailah yang berkongsikan servis melipat baju yang mereka buat di laman tersebut dan anda boleh pilih kalau mahu. Rasanya macam nak kena cuba juga sebab siapa nak bagi RM1000 sebulan?

Baca juga: Baju Yang Dibasuh Jadi Tak Wangi Selepas Kering, Cuba Tips Ini Terutama Sekali Nombor 5!

Sumber: X Temah Ulu Banat, Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×