Dalam dunia sebenar, terutamanya bagi ibu yang ada bayi atau anak kecil, mengurus baju bukanlah tugas yang boleh dibuat bila-bila. Ada hari kita semangat, ada hari kita tak sentuh langsung dan ada hari yang tercari-cari cara lipat baju cepat.
Sebab itulah prinsip ‘pakai baju je wajib, lipat baju tak wajib’ semakin ramai yang amalkan. Buat anda yang selalu tengok baju berlonggok dan rasa “tak sempat la hari ni…”, ini khas untuk anda!
Baca juga: DIY Pewangi Tandas Ala Hotel Guna 4 Bahan Dapur, Ucapkan ‘Bye-Bye’ Pada Bau Hancing!
CARA LIPAT BAJU CEPAT GUNA TEKNIK INI, PRINSIP YANG MASUK AKAL!

Ramai ibu atau bapa sebenarnya bukan malas. Mereka cuma tak ada masa panjang untuk duduk sejam dua semata-mata nak lipat baju kerana:
- Ada bayi yang asyik nak berkepit
- Anak kecil meragam
- Baru nak lipat, tiba-tiba datang mood ‘nak membuang’
- Mood urus baju datang sekali-sekala
Hakikatnya, hidup dengan anak kecil memang penuh kejutan. Jadi kita perlukan sistem yang fleksibel, bukan sistem yang buat kita lagi stres. Langkah paling mudah yang anda boleh cuba adalah:
1. Asingkan baju ikut ahli keluarga (15 minit saja)
Ambil semua baju kering dan letak dalam bakul mengikut nama atau kategori. Kenapa asing dulu?
- Semua orang boleh cari baju sendiri dalam bakul masing-masing
- Tak payah lagi selongkar satu gunung kain
- Tak wajib lipat terus
2. Selesaikan satu demi satu ikut masa lapang
Ada 5 minit? Ambil satu bakul dan lipat atau sangkut.
“Alah… satu bakul 5 minit je..”
Fikiran kita lebih ringan bila nampak tugasan tu kecil. Bila satu bakul siap, ada sedikit rasa menang dan semangat itu yang akan tolak kita siapkan bakul seterusnya.
Kalau tiba-tiba anak menangis? Tidak mengapa, tolak tepi saja kerana sistem ini memang dicipta supaya:
- Tak kacau hidup bila kena stop tiba-tiba
- Lipatan tak roboh bila kita kena tinggalkan separuh jalan
- Tak perlu mula dari awal setiap kali
Ini beza besar yang buat ibu rasa lega dan kurang bersalah. Apa yang penting adalah, apabila anak sudah besar nanti mak ayah boleh ajar anak-anak untuk lipat baju dengan teknik paling mudah. Bukan sahaja meringankan beban malah ini adalah teknik untuk mengajar mereka berdikari.

*Semoga bermanfaat!
Baca juga: Disebabkan Ramai Malas, Pendapatan Servis Lipat Baju Boleh Cecah RM7,000 Sebulan!
Sumber: Lynd Abu Bakar
