Kebiasaannya, mereka yang menggunakan perkhidmatan dobi layan diri pastinya akan menggunakan mesin pengering (mesin dryer) untuk mengeringkan pakaian yang sudah dibasuh.
Namun, kadang-kadang ada pakaian yang dikeringkan masih lagi dalam keadaan lembap. Dah kena tambah masa dan duit lagi, tak ke rugi di situ.
Baca juga: Cara Bersihkan Minyak Tumpah Pada 5 Jenis Permukaan, Kaedah Ini Pakar ‘Approve’!
MESIN DRYER
Mungkin penggunaan mesin pengering ini salah digunakan yang menyebabkan pakaian anda masih lagi lembap. Kalau nak tahu, nak pastikan pakaian yang dimasukkan dalam mesin ini kering sepenuhnya ada cara yang perlu dilakukan seperti perkongsian tips di bawah.
Biasa tak anda menghadapi keadaan di mana kain yang dikeringkan menggunakan mesin pengering (dryer) di dobi layan diri masih agak lembab dan tidak kering sepenuhnya, walaupun ianya telah di “spin” lebih daripada 30 minit.
Ini berkemungkinan disebabkan oleh cara pengeringan anda yang kurang betul.
Baca juga: Cermin Kereta Retak Terkena Batu Mesin Rumput, Lelaki Ini Kongsi Tindakan Diambil!
Misalnya saya dapati, ramai orang yang mencampakkan sahaja kain mereka terus ke dalam mesin pengering dengan keadaan kain yang masih basah dan berpuntal-puntal. (Sila rujuk Gambar 1)

Gambar: Salkukhairi N Sons
Cara begini sebenarnya adalah SALAH.
Hal ini kerana, dengan cara mencampakkan kain terus ke dalam mesin, ia akan mengakibatkan kain anda tidak dapat kembang dengan baik sewaktu mesin pengering berpusing.
Secara tidak langsung, menyebabkan kain tidak dapat kering dengan sempurna, terutamanya kain yang agak tebal dan di bahagian pinggang serta kaki seluar.
Baca juga: Elak Patah Pinggang, Guna 4 Kaedah Ini Bersihkan Langsir ‘Blackout’ Yang Tebal & Berat!
Cara yang betul adalah seperti berikut:

Gambar: Salkukhairi N Sons
- Sila perah dan kibas kain anda terlebih dahulu agar tiada lagi sisa-sia air pada kain tersebut dan menjadikan ia dapat kembang dengan baik dan tidak berpuntal-puntal apabila dimasukkan ke dalam mesin pengering nanti.
- Sila masukkan kain tersebut ke dalam mesin pengering sehelai demi sehelai dengan keadaan ianya dikembangkan dan susun kain tersebut secara berlapis. (Sila rujuk Gambar 2).
- Cara ini menjadikan adanya ruang di antara kain yang membolehkan kain dapat berpusing dengan baik di dalam mesin pengering dan menjadikan proses pengeringan lebih sempurna.
- Ianya dapat mempercepatkan proses pengeringan dan menjimatkan masa dan wang anda, di mana kain boleh kering dengan sempurna dalam masa 30 hingga 35 minit sahaja (untuk satu bakul penuh kain).
- Bukan itu sahaja, kain anda juga tidak akan berkedut dan mudah dilipat sebaik sahaja dikeluarkan daripada mesin pengering.
Kalau tak percaya silalah cuba!
Idea asal oleh: Salkukhairi Abd Sukor
Baca juga: JANGAN Pilih 3 Warna Ini Dalam Bilik Tidur, Jika Tidak Tidur Tak Selesa Bangun Pagi Jadi ‘Zombie’!
Sumber: Salkukhairi N Sons
FT Image: laundrybox24 / clutchcitylaundry

