Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Wanita Dedah Tersilap Tekan Butang Mesin Basuh, Terkejut Baju Jadi Wangi Lebih Lama Macam Tak Pakai!

basuh baju

Basuh baju nampak macam kerja rutin biasa, tapi siapa sangka ada ‘hack‘ mudah yang boleh buatkan baju kekal wangi berhari-hari!

Seorang pengguna Facebook, Nur Amalina Roslee, baru-baru ini berkongsi pengalamannya secara tidak sengaja menemui cara paling mudah untuk buat bau softener tahan lebih lama, hasil daripada kesilapan kecil ketika membasuh baju anaknya.

Baca juga: Cara Mudah Hilangkan 15 Jenis Kotoran Jahat Dengan Guna Bahan Dapur, Tips Biasa Orang Dulu-Dulu Pakai!

‘HACK’ BASUH BAJU WANGI LEBIH LAMA!

basuh baju

Gambar: Nur Amalina Roslee

Katanya, pada hari kejadian dia sibuk memasak sambil membasuh baju, lalu terlupa untuk memasukkan sabun pencuci ke dalam mesin. Tanpa disedari, dia hanya menekan butang rinse dan membiarkan mesin membilas baju tanpa sabun.

“Hari itu aku nak basuh baju anak macam biasa. Tapi sebab sibuk memasak, aku terlupa nak letak sabun. Sudahnya aku just tekan kepada rinse. Baju tu dibasuh tanpa sabun untuk satu pusingan,” tulisnya.

Selepas proses bilasan pertama siap, Amalina mula membasuh semula baju dengan sabun dan softener seperti biasa.

Hasilnya amat mengejutkan! Bau pelembut pakaian itu bukan saja lebih kuat, malah kekal harum walaupun selepas baju dikeringkan dalam dryer dan dibiarkan beberapa hari.

“Aku perasan baju itu waaangiii sangat. Maksud aku, bau softener tu kuat. Dah kering, biar dalam raga 3-4 hari pun bau masih kekal,” jelasnya.

Baca juga: Ingatkan Bersih Cuci Senduk Kayu Guna Sabun, Rupanya Masih Kotor, Ini Cara Betul Untuk Basuh

Rinse dulu, baru basuh macam biasa

Sejak daripada itu, Amalina mula menjadikan rutin “rinse dulu tanpa sabun” sebagai langkah wajib setiap kali membasuh pakaian.

Katanya, hasilnya bukan saja buat baju wangi, tapi juga mengelakkan bau hapak yang biasa terjadi bila pakaian lambat dijemur atau disimpan terlalu lama.

“Sekarang aku akan rinse baju satu pusingan tanpa sabun dulu. Dah siap rinse, baru aku basuh macam biasa. Baju tak hapak, bau softener pun tak hilang walaupun dah kering.”

Secara logiknya, langkah bilasan awal tanpa sabun membantu menyingkirkan lebihan kotoran, minyak badan dan sisa peluh pada fabrik sebelum bahan pencuci dan pelembut dimasukkan. Ini membuatkan serat kain lebih “bersedia” menyerap bau softener dengan lebih baik.

Ramai pengguna media sosial yang mencuba tip Amalina turut mengakui keberkesanannya. Baju lebih segar, tahan wangi lebih lama dan tidak perlu gunakan pelembut dalam jumlah banyak.

Kalau selama ini anda rasa baju cepat hilang bau wangi selepas kering, mungkin boleh cuba cara Amalina ni. Kadang-kadang, hack terbaik datang daripada “kesilapan kecil” yang tak disengajakan!

Baca juga: Petua Tepi Tingkap Bebas Cicak, Guna Campuran Ini Terus Tak Berani Dah Lalu-Lalang!

Sumber: Nur Amalina Roslee

FT Image: Pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×