Euforia Bola 2026
Famili

“16 Mac, Sanah Helwah Raa…”- Luahan Rindu Ibu Arwah Zara Qairina Undang Sebak, Netizen Tak Putus Titip Doa & Kata Semangat

ibu zara qairina

Tanggal 16 Mac menjadi hari penuh emosi buat ibu Zara Qairina, apabila beliau berkongsi ucapan ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-14 di laman Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Noraidah Lamat meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap anaknya, Allahyarhamah Zara Qairina, yang telah pergi meninggalkan dirinya.

LUAHAN IBU ZARA QAIRINA DI TARIKH HARI JADI ARWAH PUTRI TUNGGALNYA

ibu zara qairina

Gambar arwah Zara Qairina yang dikongsikan ibunya, Noraidah Lamat di Facebook.

Luahan penuh kasih seorang ibu

“16.03.2026. Sanah Helwah Raa…

“Selamat ulang tahun kelahiran, happy birthday yang ke-14 tahun buat my princess Zara Qairina binti Mahathir. Jika hari ini Zara masih ada, tarikh inilah yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun,” tulisnya.

Beliau turut mendoakan agar anaknya ditempatkan di syurga tertinggi serta diampunkan segala dosa.

“Semoga anakku ditempatkan di Syurga tertinggi mu Ya Allah, diampunkan dosa-dosanya, diangkat darjatnya dan dipelihara jasadnya,” tulisnya lagi.

Luahan itu jelas menggambarkan betapa besar kasih seorang ibu terhadap anak, walaupun telah terpisah oleh takdir.

ibu zara qairina

Gambar arwah Zara Qairina yang dikongsikan ibunya, Noraidah Lamat di Facebook.

Serah segalanya kepada Allah SWT, inkues bakal bermula

Dalam masa sama, Noraidah turut menyentuh mengenai pihak-pihak yang didakwa memfitnah dan menyakiti hati arwah anaknya, termasuk selepas pemergiannya.

“Kepada yang memfitnah , menzalimi, membuli, menyakiti hatinya sehingga hayat terakhirnya dan selepas ketiadaanya di dunia ini masih terus-terusan membuat cerita yang tidak sahih, justeru hari ini 26 Ramadan 1447H, saya serahkan segala urusan dan pembalasan hanya kepada Allah SWT,” ujarnya.

Ibu Zara Qairina juga memaklumkan bahawa inkues berkaitan kes tersebut dijangka bermula pada 31 Mac 2026, sambil berharap agar segala urusan dipermudahkan.

Di akhir ayat hantarannya, beliau menulis “I Love You To The Moon And Back Raa”.

Baca juga:

Sementara itu, perkongsian yang menerima lebih 1.5 ribu perkongsian dan 1.3 ribu komen telah meraih perhatian ramai. Rata-rata mereka turut menzahirkan rasa sebak serta memberikan sokongan kepada Noraidah bersama palang JusticeForZara.

  • “Al-Fatihah untuk arwah Zara. Selamat ulang tahun untuk arwah Zara… semoga keadilan untuk arwah. Kuatkan semangat & hati Noie AiDa, kami sentiasa ada untukmu.”
  • “Hanya Allah yang lebih tahu rindunya hati ibu kepada anak tunggal kesayangannya… semoga Allah memelihara arwah dan menempatkannya di Syurga Firdaus.”
  • “Selamat ulang tahun untuk Zara. Walau tiada, namanya tetap hidup dalam setiap doa kami.”
  • “Moga Allah berikan kekuatan luar biasa pada puan dalam menempuh ujian kehilangan anak tersayang.”

Artikel berkaitan:

Sumber: Facebook Noie AiDa (1), (2)

FT Image: Noie AiDa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×