Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Zara Qairina Mahu Kubur Anaknya Digali Semula, Tuntut Jawapan Punca Kematian Arwah!

ibu zara

Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, 45, masih mencari jawapan yang tidak kunjung tiba. Dua minggu selepas kematian tragis anak tunggalnya, Zara Qairina Mahathir, 13, beliau kini mengambil langkah drastik demi mendapatkan keadilan.

“Saya mahu persoalan yang berlegar di kepala berhubung punca sebenar kematian anak saya sejak 14 hari lalu bernoktah. Jadi, demi mendapat jawapan itu dan keadilan untuknya, saya mengarahkan dua peguam menguruskan proses bagi membolehkan kubur anak digali semula untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazahnya,” kata Noraidah.

Baca juga: Dah 81 Hari Remaja Hilang, Ibu Yakin “Adik Nak Balik Tapi Ada Orang Tahan!” Pulanglah Anak

IBU ZARA QAIRINA MAHU KUBUR ANAKNYA DIGALI SEMULA

ibu zara

Noraidah (kanan) gesa pihak lain henti spekulasi kematian anaknya, harap keputusan bedah siasat bongkar kejadian sebenar. – Foto BH

Zara, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah itu. Insiden tersebut menggemparkan masyarakat dan segera dikaitkan dengan kes buli.

Dikebumi tanpa bedah siasat

Menurut Noraidah, pengebumian Zara yang berlangsung pada malam 17 Julai lalu dibuat tanpa sebarang proses bedah siasat. Ketika itu, tiada siapa mencadangkan langkah berkenaan, dan beliau yang masih terkejut hanya mahu urusan pengebumian selesai segera.

Namun keesokan harinya mereka sekeluarga menyedari wujud faktor tertentu yang mencurigakan berhubung kematian Zara Qairina.

“Pelbagai cerita disebarkan berhubung kematian Zara Qairina dan ia mengguris hati saya. Ia bukan keluar daripada mulut saya, jadi saya mahu semua pihak hentikan spekulasi itu.

“Saya akui kesedihan akibat tragedi menimpa Zara Qairina tak akan padam dan banyak persoalan timbul. Saya mahu tahu punca sebenar kematiannya, justeru proses bedah siasat perlu dilakukan dan kuburnya perlu digali semula,” luahnya lagi.

Beliau juga menegaskan, apa jua hasil siasatan yang bakal diumumkan kelak, termasuk daripada proses bedah siasat kedua, akan diterima dengan hati terbuka.

“Apa pun keputusan yang keluar hasil bedah siasat itu kelak dan siasatan polis, saya terima dengan reda kerana ia menjawab segala persoalan yang masih tiada jawapan sehingga kini,” katanya kepada BH hari ini.

Baca juga: Kereta Tenggelam Depan Mata, Pelajar UNIMAS Nekad Terjun Selamatkan Remaja Autistik!

Pernah cerita gangguan

Ibu Zara Qairina turut mendedahkan bahawa arwah anaknya sebelum ini pernah melaporkan gangguan seksual oleh seorang pelajar di asrama yang sama.

“Arwah Zara Qairina melaporkan kes itu kepada guru kaunseling dan dimaklumkan tindakan diambil jika pelajar terbabit mengulangi kesalahan itu. Bagaimanapun, pelajar itu berhenti mengganggu anak saya.

Namun beliau tidak pasti sama ada kes kematian Zara berkait secara langsung dengan insiden itu atau dengan dakwaan kes buli lain yang tular.

“Pelbagai cerita buli dikaitkan dengan anak saya dan itu saya tidak tahu kerana saya tinggal lebih 100 kilometer dari sekolah itu,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan siasatan dilakukan pihak berkuasa terhadap keluarganya di Sipitang bagi mencari punca kematian Zara Qairina sehingga mahu membongkar keperibadian anaknya ketika bersekolah rendah.

“Saya tidak tahu bagaimana sejarah persekolahan anak saya di sekolah rendah dan kehidupan keluarga kami di Sipitang ada kaitan dengan kematiannya.

“Arwah Zara Qairina seorang yang ceria, dia pelajar yang cerdik hingga dapat masuk ke sekolah asrama penuh dan ramai mengenalinya di Sipitang,” katanya.

Baca juga: Bayi Kepada Ibu Syahid Ain Farhana Sudah Usia 13 Hari, Namun Alami Jaundis! Mohon Doa Semua

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×