Sempena tayangan filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini animasi Ejen Ali The Movie 2, sebuah kolaborasi eksklusif telah diadakan antara Primeworks Studios dan GSC IOI City Mall Putrajaya bagi membawakan pengalaman luar biasa buat para peminat dan pengunjung setia GSC.
Apakah yang menarik itu?
Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!
FILEM ANIMASI EJEN ALI THE MOVIE 2 ‘TAKLUK’ GSC IOI CITY MALL!

Bermula minggu ini, IOI City Mall Putrajaya akan dihiasi dengan set up khas bertemakan dunia baharu Ejen Ali dan Neonimus, diinspirasikan daripada reka bentuk visual terkini filem ini. Para pengunjung berpeluang merasai sendiri suasana futuristik Cyberaya, bergambar dengan elemen-elemen ikonik daripada filem dan merasai keterujaan menjelang tayangan rasmi filem ini.
Hiasan atau setup ini bukan sahaja menjadi tarikan visual, malah ia juga satu penghargaan khas kepada peminat setia Ejen Ali yang telah menyokong animasi ini dari awal. Dengan gabungan teknologi, rekaan kreatif, dan elemen interaktif, kawasan ini menjanjikan pengalaman berbeza untuk seisi keluarga, rakan-rakan dan para pengunjung dari pelbagai lapisan umur.

Jom ramai-ramai ke GSC IOI City Mall Putrajaya dan jangan lepaskan peluang untuk bergambar serta menikmati suasana eksklusif ini. Dan yang paling penting, jangan lupa saksikan Ejen Ali The Movie 2 yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Mei ini!
*Selamat menonton!
Baca juga: 19 Aplikasi AI WAJIB Untuk Pelajar & Guru ‘Save’ Supaya Mudahkan Tugas, Jadi Lebih Kreatif!
