Euforia Bola 2026
Asuh

“Takpe Ibu Jumpa Allah Banyak Kali”- Warga Maya Kongsi Gambar Anak Ganggu Solat, Ada Yang Jadi Ultraman!

ibu solat

Setiap kali ibu solat, setiap kali itulah akan melalui detik-detik mencabar. Waktu kita nak fokus, nak kusyuk mesti ada sahaja dugaan kecil yang muncul, biasanya datang dalam bentuk manusia kecil bernama anak.

Begitulah kisah seorang ibu yang baru-baru ini tular di media sosial apabila berkongsi ‘dugaan solat’ bersama anaknya, Harraz. Situasinya lucu, comel, tapi penuh pengajaran buat ibu bapa lain.

Baca juga: Nampak Comel, Tapi Bahaya! Ini 7 Risiko Game Roblox Buat Anak ‘Terperangkap’ Yang Ibu Ayah Tak Sedar

WAKTU IBU SOLAT PALING MENCABAR KALAU ADA ANAK KECIL, BERTUKAR JADI ULTRAMAN!

ibu solat

Foto: Threads @syzsyqn

Si ibu berkongsi bahawa ketika dia sedang berada di tahiyat akhir dan tinggal nak beri salam saja, tiba-tiba Harraz datang ‘mengganggu’ sehingga ibu terpaksa ulang semula solat.

Ibu: “Harrazzzz… ibu dah tahiyat akhir, tinggal nak bagi salam je… dah kena solat balik.”
Anak: “Takpe lah ibu… kan boleh jumpa Allah banyak kali.”
Ibu: Dalam hati menangis tapi tetap senyum… 

Jawapan anak kecil memang kadang-kadang tidak masuk kotak, tapi mampu buat hati kita cair. Si ibu juga sempat menjelaskan bahawa ini bukan mahu mempersendakan ibadah atau agama. Sebaliknya, ia adalah realiti hidup bagi sesiapa yang ada anak kecil. Mereka masih belajar, kadang-kadang tersilap, kadang terlalu jujur, kadang terlalu comel sampai ibu tak boleh marah.

Yang ada anak kecil, mesti faham struggle ini:

  • Tengah rukuk — anak panjat belakang
  • Tengah sujud — anak duduk atas kepala
  • Tengah baca surah — anak tanya soalan pelik
  • Tengah nak bagi salam — anak buat aksi lawak tak dijangka

Semua ini bukan halangan, tapi ujian kecil yang akan jadi kenangan paling manis bila anak dah besar nanti.

Para Ibu Warga Maya Kongsi Pengalaman Sama!

ibu solat

Foto: mimeyfirdaus

Perkongsian itu mendapat sambutan ramai apabila ruangan komen penuh dengan kisah lucu daripada ibu-ibu yang pernah melalui situasi sama.

Ada yang tergelak sampai tak boleh sambung solat, ada yang terpaksa solat semula tiga kali, ada yang anak siap peluk kaki masa ibu sujud. Memang kelakar tapi semua ini sebenarnya menguatkan semangat ibu bapa.

ibu solat

Foto: tyraznrdn

Si ibu turut berterima kasih kerana ramai memahami:

“Semoga amal ibadah kita diterima. Masa solatlah ujian datang… penat la ketawa baca semua komen!”

Baca juga: “MasyaAllah Comelnya!”- Tengku Muhammad Johan Petra Masuk Prasekolah Montessori, Belajar 3 Bahasa Sekaligus!

Sumber: Threads @syzsyqn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×