Euforia Bola 2026
Famili

“Lari Bertempiaran Anak Dia!”- Aksi Johan Garang Dengan Anak Bila Suruh Solat Buat Netizen Terhibur

johan raja lawak

Pelakon, pelawak dan pengacara terkenal, Johan Raja Lawak sekali lagi mencuri perhatian netizen, namun kali ini bukan kerana lawaknya yang mencuit hati, tetapi kerana cara beliau mendidik anak-anak untuk mengutamakan solat sejak usia muda.

Menerusi video terbaharu yang dimuatnaik dan tular di media sosial, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz, 41 tahun, dilihat sedang ‘mengarah’ anak-anak untuk solat dengan segera dalam nada yang garang!

Baca juga: “Study Lepas Tidur Lebih Ingat” – Gaya Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar, Guna Teknik Jeda

“MANA TELEKUNG?”- JOHAN RAJA LAWAK DIPUJI AJAK ANAK UTAMAKAN SOLAT

johan raja lawak

Sebelum ini, Johan dan isterinya Ozlynn dipuji ramai kerana memang akan membimbing anak-anak mereka menunaikan solat secara berjemaah di rumah. Malah video perkongsian tersebut meraih jutaan tontonan dan komen positif daripada warganet yang memuji pendekatan Johan sebagai bapa dan ketua keluarga.

Dalam video terbaharu ini dapat dilihat anak-anaknya termasuk anak lelaki yang sudah dewasa pun lari bertempiaran apabila Johan menggunakan nada tegas dan garang ketika bertanya kepada anak-anaknya “Sudah solat atau belum?” dan “Mana telekung? Pakai sekarang!”.

Bukan diutamakan hal solat kepada anak lelaki sahaja, malah kepada anak-anak perempuan yang masih kecil pun sudah diterapkan kepentingan menunaikan solat di awal waktu.

Ramai netizen tersentuh melihat keakraban dan kesungguhan Johan dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian keluarganya dan berdoa semoga anak-anaknya membesar jadi insan soleh.

@jozlynnhanania_ Jangan tgk smp abes.. risau kaum suami sakit hati🤪🤪🤪🤪 #familyhanania ♬ original sound – JozlynnHanania_

Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata.

*Semoga kita pun dapat mendidik anak-anak untuk mengutamakan solat dan hal agama dari kecil ya, aamin!

Baca juga: “Hadir Dalam Hidup Anak”- Ramai Puji Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Tak ‘Fake’

Sumber: Tiktok @jozlynnhanania_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×