Euforia Bola 2026
Famili

Dua Anak Diuji Penyakit Genetik, Bapa Tunggal Tekad Pastikan Anak Mampu Berdikari Sebelum ‘Tutup Mata’

penyakit genetik

Ujian hidup melibatkan penyakit genetik bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila ia menimpa dua orang anak serentak. Bagi Wan Muzafar Wan Kamis, 56, harapannya kini hanya satu iaitu diberi kesempatan hidup lebih lama agar kedua-dua anaknya mampu berdikari suatu hari nanti.

“Harapnya saya diizinkan hidup hinggalah dua anak saya dapat menguruskan diri mereka sendiri,” ujarnya kepada Harian Metro.

Baca juga: Hari Pertama Prasekolah Jadi Cabaran Buat Adik Missclyen, Penghidap Sindrom ‘Werewolf’- Ada Rakan Sekelas Lari!

DUA ANAK HIDAP PENYAKIT GENETIK HbE, BAPA TUNGGAL TABAH LALUI UJIANNYA

penyakit genetik

Gambar: Wan Muhammad Adam Harraz (kiri) dan adiknya, Wan Muhammad Mikhail Rayyan Wan Muzafar cekal berniaga walaupun diuji dengan penyakit HBe Beta Talasemia.

Demikian luah Wan Muzafar ketika berkongsi kisah dua anak lelakinya, Wan Muhammad Adam Harraz, 19, atau Adam dan Wan Muhammad Mikhail Rayyan, 16, atau Mikhail yang kedua-duanya didiagnos dengan Hemoglobin E (HbE) Beta Talasemia, iaitu penyakit genetik yang diwarisi daripada ibu bapa.

Selain menghidap penyakit berkenaan, Adam turut mempunyai benign tumor atau tumor jinak dalam otak, sekali gus menjadikannya sebagai orang kurang upaya (OKU) pelbagai.

Anak dengan keistimewaan tersendiri

Walaupun menghadapi cabaran kesihatan, Adam dan Mikhail tidak menjadikan keadaan mereka sebagai penghalang. Mereka mampu menjalankan perniagaan serbuk kopi secara dalam talian menggunakan jenama Kopi Bahagia.

Wan Muzafar berkongsi, beliau dikurniakan empat anak hasil perkahwinan dengan isterinya, Rosnah Samad, yang meninggal dunia akibat barah hati pada Februari 2018, 16 hari selepas pemergian anak sulung mereka, Muhammad Danial Syadza akibat kegagalan jantung. Anak bongsu mereka, Muhammad Damian Hakim pula meninggal tiga tahun lalu akibat asma.

Sejak itu, Wan Muzafar yang juga bekas pengurus bank membesarkan Adam dan Mikhail yang terbantut tumbesaran serta masih menjalani rawatan di hospital.

“Isteri ada HbE dan saya pula pembawa talasemia. Saya hanya mengetahuinya ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

“Adam didiagnos ketika berusia sembilan tahun, manakala Mikhail waktu usia enam tahun dan penyakit itu hasil kombinasi genetik kami berdua.

“Adam bersekolah sampai Tahun Satu saja sebelum home schooling (belajar di rumah) manakala Mikhail (bersekolah) sampai Tahun Enam saja sebelum ikut jejak langkah abangnya (belajar di rumah),” berkongsinya lanjut.

Baca juga: Ini Fakta Menarik Tentang KHUNSA, Manusia Istimewa Dilahirkan Dengan 2 Alat Kelamin!

penyakit genetik

Gambar hiasan: TikTok @wan.adam.harraz.

Menurut Wan Muzafar, tahap kesihatan Mikhail adalah lebih baik berbanding Adam, namun Adam mempunyai kelebihan tersendiri terutama dalam pengurusan perniagaan serta kebolehan membuat keputusan. Kedua-duanya dianggap memiliki kebijaksanaan dan keistimewaan masing-masing.

“Bagi saya, semua anak cerdik cuma lebih beri penekanan dalam pelajaran kepada Mikhail kerana lihat kemampuannya yang nampak cenderung dalam matematik dan sains.

“Diharap Mikahil belajar sampai peringkat tinggi, sekurang-kurangnya hingga memiliki Ijazah Sarjana Muda kerana kalau saya tiada nanti, dia ada kelulusan untuk dimanfaatkan dan boleh bantu abangnya (Adam).

“Saya nak anak ada pendidikan tinggi kerana saya tak nak mereka dimanipulasi dan Adam pun bijak kerana berniaga cetusan ideanya,” katanya.

Sokongan Wan Muzafar terhadap masa depan anak-anaknya

Wan Muzafar turut menekankan bahawa perniagaan Kopi Bahagia adalah milik Adam sepenuhnya. Adam memulakan perniagaan menggunakan wang simpanan Tabung Haji dan banyak belajar daripada ibunya yang pernah mengusahakan syarikat kecantikan, herba dan kimia semasa hayatnya.

“Adam dan Mikhail berfikir pada aras tinggi dan sedang berbincang produk baru untuk dipasarkan.

“Misi utama Adam menyempurnakan amanat akhir ibunya ke Makkah dan menunaikan haji sendiri bagi pihak ibunya tanpa mengupah sesiapa,” katanya yang turut membantu mempromosikan jualan menerusi siaran langsung di akaun TikTok anaknya, @wan.adam.harraz.

Sebagai seorang bapa, Wan Muzafar bertekad untuk terus menyokong apa sahaja yang terbaik buat dua anaknya, memastikan mereka tetap berdikari meskipun diuji penyakit genetik sejak kecil.

@wan.adam.harraz♬ bunyi asal – Wan Adam Harraz @ Kopi Bahagia – wan.adam.harraz

Baca juga: “Umi Jangan Menangis, Alawi Reda Dengan Ujian Allah”- Pelajar Tahfiz Tabah Hidap Penyakit Jantung Jarang Ditemui!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×