Euforia Bola 2026
Famili

Setahun Bergelar Bapa Tunggal, Fazley Yaakob Didik Anak Skil ‘Hidup’ & Wajib Pandai Masak Menu Kampung

fazley yaakob

Menjadi bapa tunggal bukan perkara mudah, apatah lagi bagi figura serba boleh seperti Dato’ Ahmad Fadzli Yaakob, atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob.

Penyanyi, cef selebriti dan usahawan ini mengakui, tempoh setahun selepas perpisahan dengan bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya sebagai seorang ayah tunggal kepada empat orang anak.

Baca juga: Tabiat Aneh Anak Suka Tidur Seluk Tangan Dalam Seluar Buat Mak Ayah Risau, Pakar Kata Jangan Marah..Ini Sebabnya

“SAYA NAK ANAK BUKAN SEKADAR PANDAI TAPI BIJAK HIDUP DI DUNIA SEBENAR”- FAZLEY YAAKOB

fazley yaakob

Daripada perkahwinan selama 18 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah (16 tahun), Ahmad Fieradz Shah (15 tahun), Ahmad Fierudz Shah (14 tahun) dan si bongsu, Alayna Selma (8 tahun).

Namun bagi Fazley, usia bukan pengukur kematangan, dan pendidikan anak-anak tidak seharusnya tertumpu hanya pada akademik semata-mata.

“Saya mahu setiap anak saya bukan sekadar pandai belajar, tetapi bijak mengurus diri dan tahu cara hidup di dunia sebenar,” ujar Fazley.

Antara pendekatan yang diamalkan Fazley adalah memberi anak-anak pendidikan kemahiran asas secara langsung dan salah satunya dengan mengajar anak memandu.

“Anak sulung saya, Fariedz, pernah minta supaya saya yang ajarnya memegang stereng buat kali pertama. Saya terus setuju, walaupun masa itu hujan. Saya nak dia tahu erti tanggungjawab dan keyakinan diri,” katanya tersenyum.

Selain memandu, Fazley turut mendidik anak-anaknya belajar memasak, mengurus dapur, dan yang paling penting berinteraksi dengan masyarakat.

“Semua itu bukan benda kecil. Bila mereka keluar ke dunia luar nanti, kemahiran sosial ini yang akan jadi pelindung,” tambahnya.

Persiapan Emosi Sebelum Dunia Nyata

fazley yaakob

Foto bersama anak bongsu.

Graduan Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan dari Asia E University ini percaya bahawa pendidikan awal harus seimbang antara akademik, emosi dan sosial.

“Anak sulung saya akan masuk universiti dalam masa kurang enam bulan. Dia sambung pengajian dalam bidang kulinari yang berhubung dengan industri perubatan. Jadi, saya sering ingatkan dia untuk kekal tenang bila berdepan orang luar — sama ada di dunia sebenar mahupun di alam maya,” jelasnya.

Bagi Fazley, dunia hari ini menuntut anak-anak yang kuat jiwa dan matang berfikir, bukan sekadar bijak di atas kertas.

Apabila ditanya tentang cabaran sebagai bapa tunggal, Fazley tidak menafikan bahawa pembahagian masa adalah ujian paling besar.

“Saya cuba pastikan setiap anak dapat masa peribadi dengan saya. Contohnya, minggu pertama saya luangkan masa sehari dengan anak sulung, keesokan harinya pula dengan anak kedua, dan begitulah seterusnya. Makan bersama pun saya anggap sangat penting,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa hubungan baik dengan bekas isteri menjadi kunci keharmonian keluarga. Menurutnya, mereka tak pernah hadkan masa bersama anak-anak. Tak ada pembahagian khusus sebab hak penjagaan adalah bersama. Bila-bila masa pun kami boleh jumpa mereka.

Ternyata, bakat dan minat memasak Fazley turut mengalir dalam diri anak-anaknya. Anak sulungnya, Fariedz, kini sudah memenangi dua pertandingan memasak bertaraf antarabangsa, sesuatu yang cukup membanggakan si ayah.

Tidak hanya Fariedz, tiga lagi anaknya juga sudah mahir di dapur dan mampu menyediakan pelbagai masakan tradisional. Hebat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Baca juga: JPN Tawar Tempahan ‘Foto Kenangan Terindah’, Papar MyKad Nostalgia Dari Usia 12 Tahun Hingga Wajah Terkini

Sumber: Instagram @fazleyyaakob

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×