Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Jangan Lupa Selit 10 Doa Ini Untuk Anak Setiap Hari, InsyaAllah Jadi ‘Senjata’

Bergelar seorang ibu pasti mahukan yang terbaik untuk cahaya mata mereka. Selain memberikan didikan, doa untuk anak anak sejak lahir juga penting dan boleh dilakukan oleh ibu setiap hari.

Seperti mana kita tahu, doa merupakan senjata buat orang-orang beriman dan ia merupakan salah satu ibadah yang amat istimewa.

Baca juga: Personaliti Anak Ikut Bulan Kelahiran, Katanya Lahir Ogos Pandai Bergaul?

DOA UNTUK ANAK ANAK IBU BOLEH BACA SETIAP HARI

DOA UNTUK ANAK ANAK

Jadi, ruginya seorang ibu jika anda tidak menggunakan kelebihan ini untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.

Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang doa untuk anak anak kita dari mereka dilahirkan sampailah ke akhir hayat kita.

1. Doakan anak suka solat dan baca al-Quran.

2. Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.

3. Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.

4. Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.

5. Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.

6. Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.

7. Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.

8. Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.

9. Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.

10. Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.

Ulang dan ulang doa anda setiap hari tanpa rasa jemu. Ingat, ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata tetapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ibu di luar sana.

Baca juga: Cerita Kartun Popular Diubahsuai Akaun Tak Bertanggungjawab Selit Unsur L*cah, Awasi Anak!

Sumber: Ellahi Suhaimi dan Nadia Zahari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×