Euforia Bola 2026
Asuh

12 Doa Mustajab Untuk Anak Tersayang, Senjata Terhebat Ibu Ayah Boleh Baca Di Hari Arafah

doa mustajab

Doa mustajab adalah senjata terkuat orang tua dalam membimbing anak di tengah cabaran zaman. Di antara waktu paling utama untuk berdoa adalah pada Hari Arafah, tanggal 9 Zulhijjah iaitu hari yang disebut Nabi SAW sebagai inti dari ibadah haji dan puncak amal di bulan Zulhijjah.

Pada hari tersebut, langit terbuka luas, rahmat Allah melimpah dan pintu pengabulan doa terbuka selebar-lebarnya.

Baca juga: Tasik Galilee Semakin Kering! Betulkah Dajal Sudah Hampir Muncul?

DOA MUSTAJAB ORANG TUA UNTUK ANAK DI HARI ARAFAH

doa mustajab

Gambar hiasan Google.

Bagi setiap orang tua yang mendambakan kebaikan, keselamatan dan petunjuk untuk anak-anak mereka, Hari Arafah adalah momen yang tidak boleh dilepaskan.

Inilah waktu yang sangat mulia untuk melantunkan doa-doa terbaik, memohon perlindungan dan keberkahan bagi anak-anak di dunia dan akhirat.

Justeru itu, penulis senaraikan 12 doa mustajab boleh dibaca oleh orang tua untuk anak-anaknya seperti di bawah.

Baca juga: Ini 9 Tips Kendalikan Tingkah Laku Anak Menggunakan Surah Taha & Al-Fatihah

Baca juga: Tiap Hari Amalkan Ayat INI Dalam Surah Yasin Untuk Anak Pandai, Petua Bermanfaat!

1. Jangan lewatkan doa-doa mustajab orang tua untuk anak di Hari Arafah

Hari Arafah adalah salah satu hari paling utama dalam Islam, puncaknya amal ibadah di 10 hari Zulhijjah (bulan Haji).

Ini adalah hari di mana, para jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk wukuf inti dari ibadah haji.

Nabi SWT bersabda:

“Haji itu (intinya) adalah Arafah” (HR. Abu Dawud no 1949, Tirmidzi no. 889 Sahih)

2. Sebaik-baik doa adalah berdoa di Hari Arafah

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah” (HR. Tirmidzi no. 3585)

Hadis ini menjelaskan bahawa Hari Arafah adalah waktu terbaik untuk berdoa, lebih utama daripada hari-hari lainnya sepanjang tahun.

3. Hari Arafah adalah hari pengampunan dan pembebasan dari neraka

Hari di mana Allah SWT membanggakan hamba-Nya, mengampuni dosa dan memerdekakan jiwa dari api neraka.

“Tidak ada hari di mana Allah membebaskan lebih banyak hamba dari neraka dibandingkan Hari Arafah. Dan sesungguhnya Dia mendekat, lalu membanggakan mereka di hadapan para malaikat dan berkata: ‘Apa yang mereka inginkan?'” (HR. Muslim no. 1348)

4. Malam Lailatul Qadar disembunyikan, namun Hari Arafah diberitahukan

Jika ada satu hari yang mampu mengubah hidup kita itu adalah Hari Arafah.

Berbeza dengan Lailatul Qadar yang dirahsiakan, Hari Arafah Allah SWT beritahu kita waktunya supaya kita boleh memanfaatkannya maksimal untuk berdoa dan bertaubat.

5. Waktu terbaik untuk mendoakan anak, jangan lewatkan Hari Arafah

Kerana kita hidup di zaman penuh tantangan, terutama dalam mendidik anak-anak:

  • Teknologi yang deras,
  • Lingkungan jauh dari agama,
  • Fitnah syubhat dan syahwat yang merosak hati

Mendidik sahaja tidak cukup. Kita perlu senjata terbaik iaitu doa orang tua.

“Tiga doa yang tidak tertolak: doa orang tua untuk anaknya, doa musafir dan doa orang yang dizalimi.” (HR. Abu Dawud no. 1536; Tirmidzi no. 1905)

Baca juga: Doa Pendek Yang Mustajab, Merangkumi 10 Perkara Penting. Subhanallah!

SENARAI 12 DOA ORANG TUA UNTUK ANAK-ANAKNYA PADA HARI ARAFAH

doa mustajab

doa untuk anak

doa untuk anak

doa untuk anak

waktu mustajab doa

waktu mustajab doa

waktu mustajab doa

doa untuk anak

doa untuk anak

doa untuk anak

doa orang tua

doa orang tua

Baca juga: Anak 8 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah Papanya, Ramai Sebak & Puji “Jelasnya Bacaan Adik”

Sumber: TikTok @riniarunika21

FT Image: Getty Images/iStockphoto/ferlistockphoto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×