Euforia Bola 2026
Asuh

Baca Doa Ini Setiap Hari Agar Otak Anak Lebih ‘Power’, Tengok Sendiri Perubahan Nanti!

koleksi doa untuk anak

Sekiranya ibu ayah mencari koleksi doa untuk anak, artikel ini menghimpunkan doa-doa terpilih yang boleh diamalkan bagi memohon kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat.

Doa bukan sahaja menjadi penghubung antara hati ibu bapa dan Ilahi, malah ia adalah senjata rohani untuk memohon segala yang terbaik buat anak-anak di setiap peringkat kehidupan mereka.

Baca juga: Cara Buat Air Minuman Supaya Anak Mudah Belajar, ‘Confirm’ Asyik Nak Baca Buku!

KOLEKSI DOA UNTUK ANAK, BARU OTAK POWER

Sebagai ibu ayah, doa kita adalah senjata paling kuat. Bila kita ikhlas mohon dari Allah, pasti ada jalan dan keberkatan. Antara doa yang boleh dibaca adalah:

1. Doa Nabi Musa (AS)

KOLEKSI DOA UNTUK ANAK

Koleksi doa untuk anak yang pertama adalah membaca doa Nabi Musa untuk anak mudah memahami pelajaran dan
lancar dalam berkata-kata.

“Rabbi ishrah li sadri, wa yassir li amri, wahlul ‘ugdata min lisani, yafqahu qawli.” (Surah Taha: 25-28)

2. Koleksi doa untuk anak – Doa Nabi Sulaiman

KOLEKSI DOA UNTUK ANAK

Koleksi doa untuk anak yang seterusnya adalah membaca doa Nabi Sulaiman untuk anak menjadi cerdas dan bijaksana
dalam setiap perkara.

“Rabbi habli human wa alhiqni bis-salihin.” (Surah Ash-Shaffat. 100)

3. Doa untuk memohon ilmu yang bermanfaat

KOLEKSI DOA UNTUK ANAK

“Allahumma inni as’aluka ilman nafi an, wa rizgan tayyiban, wa ‘amalan mutagabbalan.”

Doa ini boleh dibaca supaya anak diberi ilmu yang bermanfaat dan mudah faham pelajaran.

4. Baca Ayat Kursi

Bacakan sebelum anak tidur dan sebelum ke sekolah untuk perlindungan serta kecerdasan akal.

Tips tambahan:

– Amalkan membaca doa sambil mengusap kepala anak.

– Selalu doakan anak dalam solat, terutama selepas tahiyyat akhir sebelum salam.

– Berikan makanan sunnah seperti kismis, madu dan minyak zaitun untuk otak anak lebih cerdas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bagi Si Kecil Sarapan Macam Ini Mungkin Boleh Jadi Punca Anak Sakit 20 Tahun Lagi, Elakkan!

Sumber: Facebook Dira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×