Bagi golongan warga emas, virus influenza boleh menjadi ancaman serius yang mengakibatkan komplikasi paru-paru, jantung, malah ada yang memerlukan rawatan rapi di hospital. Jadi, bagi mengekang masalah ini suntikan vaksin influenza amat diperlukan.
Inilah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk golongan berisiko tinggi dan proses mendapatkan suntikan ini sangat mudah!
Baca juga: Extra Joss BUKAN Untuk Kanak-Kanak, Ada Bahaya ‘Tersembunyi’ Boleh Buat Anak Ketagih!
CARA BUAT ‘APPOINTMENT’ SUNTIK VAKSIN INFLUENZA UNTUK WARGA EMAS, ANAK-ANAK KENA PEKA!
Program imunisasi ini memberi keutamaan kepada kumpulan berikut:
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Individu yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik, termasuk:
- Diabetes
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru kronik
- Darah tinggi
- Obesiti (BMI melebihi 30)
- Kolesterol tinggi
- Masalah buah pinggang
Bagi memudahkan proses, temujanji vaksin influenza boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera. Berikut caranya:
1. Kemas kini aplikasi MySejahtera

Pastikan aplikasi anda dikemas kini ke versi terkini di Google Play atau App Store. Log masuk seperti biasa.
2. Pilih menu ‘Appointments’

Di halaman utama, tekan butang Appointments.
3. Klik pada ‘Influenza Immunization for Senior Citizen’

MySejahtera akan memaparkan pelbagai servis kesihatan – pilih perkhidmatan vaksin influenza untuk warga emas.
4. Pilih klinik kerajaan berhampiran

Senarai klinik dan hospital berhampiran akan dipaparkan. Pilih lokasi yang sesuai, kemudian semak tarikh dan masa yang masih tersedia.
*Peringatan bahawa program imunisasi ini telah mula dijalankan sejak beberapa bulan lalu, namun bekalan vaksin semakin TERHAD. Oleh itu, bagi yang layak, disarankan membuat temujanji secepat mungkin sebelum stok habis.
Hanya satu suntikan setahun, tetapi impaknya mampu mengurangkan risiko komplikasi yang boleh meragut nyawa. Lindungi diri dan insan tersayang, dapatkan vaksin influenza tahunan anda hari ini, kerana kesihatan adalah pelaburan paling berharga.
Baca juga: Pakar Saran Suami Makan Kacang Supaya Sperma ‘Padu & Melimpah’, Barulah Proses TTC Berjaya!
Sumber: Public Health
