Euforia Bola 2026
Famili

“Sayang Nenek!”- Cucu Nenek Tular Baca Yasin SPM Raih Keputusan Cemerlang 4A+ 5A, Netizen Pun Sebak

baca surah yasin

Masih segar dalam ingatan ramai mengenai kisah seorang nenek yang tular di laman media sosial apabila dia setia baca surah Yasin semasa cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Terbaharu, menerusi perkongsian oleh seorang guru di TikTok, Cikgu Muhammad Nazri, pelajar lelaki tersebut berjaya memperoleh keputusan yang membanggakan iaitu 4A+ dan 5A!

Baca juga: “Meleleh Air Mata Tengok”- Nenek Tunggu Cucu Jawab SPM Sambil Baca Yasin Luar Dewan Undang Sebak

CUCU NENEK BACA SURAH YASIN DAPAT 9A SPM 2024

baca surah yasin

Foto: Cucu nenek lepas ambil keputusan SPM.

Walaupun pelajar ini kehilangan ibunya pada Oktober lalu dan ketika mengambil peperiksaan SPM, usaha gigihnya bersama sokongan penuh kasih seorang nenek membuahkan hasil yang amat manis. Difahamkan, nenek tersebut hadir ke sekolah setiap hari sepanjang tempoh peperiksaan pada Januari lalu, hanya untuk mendoakan dan membacakan Yasin buat cucu tersayang.

“Viral nenek baca Yasin masa cucu ambil SPM. Nak tengok hasilnya? #spm2024,” tulis Cikgu Muhammad Nazri sambil berkongsi gambar slip keputusan pelajar berkenaan.

Video yang dikongsikan dalam laman Tiktok ini meraih lebih 700,000 tontonan sejak semalam dan menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa syukur dan turut tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih oleh pelajar itu. Malah ada yang turut mendoakan agar masa depannya terus cemerlang dan jangan lupa dengan jasa seorang nenek sampai bila-bila.

baca surah yasin

Foto nenek semasa tular tahun lepas.

“Alhamdulillah, tahniah dik. Kakak menangis terharu melihat kejayaan kamu. Pengorbanan nenek dan arwah ibumu sangat menyentuh hati,” netizen.

“Kisah ini mengajar kita bahawa segala permohonan hanya layak ditujukan kepada ALLAH. Doa yang disusuli dengan usaha dan kepercayaan kepada-NYA akan membuka jalan kejayaan,” netizen.

“Syukur, tahniah! Bila tengok video nenek itu, hati ini terus rasa cucunya pasti anak yang luar biasa. Memang terbukti,” netizen.

“Nenek itu memang sumber inspirasi! Caranya sangat menyentuh hati, moga jadi contoh buat kita semua. Syabas anak muda,” netizen.

*Tahniah diucapkan dan sesungguhnya bukan cucu sahaja berjaya namun nenek juga ‘berjaya’ dalam perjuangan merealisasikan impian.

Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!

Sumber: Tiktok @crmuhamadnazri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×