Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Dakwa Cikgu-Cikgu Di Sekolah Bagi Jawapan Biadab Ketika Anak Hilang? “Semua Benda Harapkan Cikgu”

CIKGU BIADAB

Beberapa hari ini, tular di media sosial perkongsian seorang ibu yang mendakwa perangai cikgu biadab apabila ditanya mengenai anaknya yang hilang ketika berada di sekolah.

Menerusi perkongsian itu, si ibu menjelaskan bahawa anak perempuannya, Hayla Imani, 7, tiada di kawasan sekolah ketika dia datang menjemput untuk pulang ke rumah kira-kira jam 6.00 petang

Baca juga: Ini Sebab Kenapa Gula-Gula Gummy Bahaya, Parents Sila LARANG Anak-Anak Makan!

CIKGU BIADAB BILA DITANYA “MANA AWAK”, BAGI JAWAPAN SINIS

CIKGU BIADAB

Freepik (Sekadar gambar hiasan)

Dalam keadaan panik,  ibu bergegas berjumpa guru kelas dan seorang guru lelaki yang kali terakhir mengajar kelas anaknya. Namun kedua-dua jawapan daripada cikgu biadab itu tidak membantu kerana kedua-dua mereka hanya acuh tak acuh sahaja.

Situasi bertambah panik apabila ibu masih tidak menjumpai anak perempuannya walaupun sudah dicari di beberapa kawasan sekolah.

Lebih mengejutkan apabila cikgu memberi jawapan tidak masuk akal di mana dia menyatakan bahawa bukan anak mereka sendiri yang hilang jadi tidak perlu panik seperti si ibu itu.

“Dah memang saya tak tahu, mana la saya kenal. Anak puan yang hilang bukan anak saya,” jawab si cikgu sambil senyum sinis.

Jawapan yang diberikan oleh guru perempuan itu membuatkan ibu semakin marah kerana tidak menyangka seorang pendidik sanggup berkata-kata sedemikian.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila berlaku pergaduhan antara beberapa orang guru dan secara tiba-tiba Hayla Imani berada di belakang ibunya.

Guru-guru tersebut turut mendakwa bahawa si ibu tidak meletakkan tanda nama di pakaian anak perempuannya itu. Dalam perjalanan ke kereta, cikgu biadab dikatakan turut menjerit melontarkan kata-kata kesat kepada ibu.

Tindakan tidak profesional daripada guru-guru itu tular apabila si ibu mendedahkan perangai mereka di media sosial. Penjaga lain turut menghubungi si ibu menyatakan mereka juga pernah mempunyai pengalaman buruk dengan guru di sekolah berkenaan.

*Hmm, tak sangka ada guru perangai macam ini ye?

Baca juga: Tular Video Pakcik Nyanyi & Sambut ‘Birthday’ Seorang Diri, Ramai Sebak Bila Tengok…

Sumber: Facebook Cikgu Faris & TikTok Heyowmell

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×