Seorang cikgu sekolah dan seorang juruteknik elektrik yang terlibat dalam skandal berunsur seksual dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Melaka.
Ini selepas mereka mengaku bersalah atas kesalahan cubaan melakukan zina yang berlaku pada 28 Februari lalu.
Baca juga: Kejam! Anak Kucing Mati Dianiaya Tiga Kanak-Kanak, Diseret & Dibiarkan Dalam Bekas Tertutup
CIKGU SEKOLAH DAN ‘ABANG WIRING’ MENGAKU BERSALAH

Foto: Harian Metro
Dalam laporan Harian Metro, Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin, menjatuhkan hukuman tersebut selepas kedua-dua individu itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan mahkamah.
Mereka telah didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, yang memperuntukkan hukuman terhadap mana-mana individu yang cuba melakukan perbuatan zina.
Terdahulu, seorang guru wanita di sebuah sekolah di Melaka telah direhatkan daripada tugas mengajarnya buat sementara waktu susulan dakwaan hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang, yang mencetuskan perbincangan meluas dalam kalangan warganet di media sosial.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjelaskan bahawa walaupun guru tersebut tidak lagi mengajar buat masa ini, beliau masih menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam sementara siasatan dalaman dijalankan.
“Kami telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan siasatan dapat dilakukan tanpa sebarang gangguan. Guru wanita terbabit telah dikeluarkan daripada sekolah tempat beliau mengajar, namun masih meneruskan tugas dalam kapasiti lain sebagai kakitangan awam,” katanya ketika diminta mengulas isu yang menjadi perhatian umum itu.

*Berita lain akan menyusul. Semoga baik-baik sahaja urusan dan jadi pengajaran buat orang ramai.
Sumber: Harian Metro
