Euforia Bola 2026
Asuh

“Kena Belasah Dah Sekor Sekor…” Mesej 6 Bulan Sebelum Zayn Rayyan Maut Didedahkan Di Mahkamah!

Beberapa perbualan aplikasi sembang WhatsApp daripada dua nombor telefon milik dua individu sebelum dan hari kehilangan kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin pada 5 Disember 2023 telah didedahkan di Mahkamah Sesyen pada hari ini.

‘Stressnya sampai rasa nak bunuh orang saja’ dan ‘kena belasah dah sekor-sekor, aku nak rehat pun tak boleh’, merupakan antara kandungan WhatsApp yang diekstrak daripada salah satu telefon bimbit yang dirampas, seperti dimaklumkan saksi pendakwaan ke-25, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zaidi Abu Hassan, 43, yang juga juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer,

Baca juga: Bapa Didakwa ‘Ajar’ Anak Kecilnya, Tak Cukup Lempang Turut Dihempas Dalam Kereta!

PERBUALAN APLIKASI SEMBANG SUSULAN KES ZAYN RAYYAN DIDEDAHKAN

aplikasi sembang

Gambar NSTP/Nabila Adlina Azahari – Ibu bapa Zayn Rayyan, Ismanira bersama Zaim Ikhwan ketika hadir sambung bicara mengenai pertuduhan pengabaian Zayn Rayyan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Hasil analisis juga mendapati, salah satu telefon jenama iPhone menggunakan iCloud atas nama Ismanira, manakala telefon Huawei menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan Zahari.

Perkara itu dimaklumkan Mohd Zaidi ketika sesi pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi.

Mohd Zaidi yang bertugas di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keterangan pada hari ke-14 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Baca juga: “Aku Mohon Keadilan” – Ibu Zayn Rayyan Aktif Di Media Sosial, Mohon Doa Agar Pelaku Sebenar Ditangkap

KANDUNGAN PERBUALAN WhatsApp ‘BABY SAYANG’ DAN ‘MANJA’

Mohd Zaidi berkata, perbualan WhatsApp atas nama folder ‘Baby Sayang’ dan ‘Manja’ itu diekstrak daripada dua telefon bimbit iaitu Huawei dan Iphone serta dua kad sim yang diserahkan oleh pegawai penyiasat kes.

Nur Sabrina: Mesej bertarikh 20 Jun 2023 pada jam 11.58 pagi, dalam ‘folder’ Baby Sayang, ASP jelaskan ke mahkamah apakah mesej yang dinyatakan di kotak pertama?

Mohd Zaidi: Stressnya sampai rasa nak bunuh org je.

Nur Sabrina: Boleh nyatakan tarikh dan masa mesej itu dihantar?

Mohd Zaidi: Tarikh pada 20 Jun 2023 pada jam 11.58 pagi.

Nur Sabrina: Kita pergi ke kotak seterusnya, boleh bacakan teks dinyatakan?

Mohd Zaidi: Kena belasah dah sekor-sekor, aku nak rehat pun tak boleh

Seterusnya, mahkamah didedahkan dengan jawapan balas WhatsApp berkenaan.

Nur Sabrina: Boleh ASP bacakan mesej di kotak ke-10?

Mohd Zaidi: Hang belasah jela sampai puas, pada 20 Jun 2023

Nur Sabrina: ASP boleh bacakan teks pada kotak kedua?

Mohd Zaidi: Pastu (lepas itu) nanti sakit ke mati baru tahu, pada 20 Jun 2023, jam 12.19 tengah hari

Baca juga: Saksi Selisih Ibu Zayn Rayyan 2 Kali Pada Hari Kejadian, Pakaian & Tudung Berubah Selang 20 Minit

WhatsApp PERBUALAN PADA HARI KEHILANGAN ARWAH

Mohd Zaidi yang sudah berkhidmat hampir 18 tahun dalam bidang itu turut diminta pegawai penyiasat untuk mengeluarkan WhatsApp perbualan dua nombor itu pada hari kehilangan arwah Zayn Rayyan pada 5 Disember 2023 bermula jam 12.20 tengahari hingga 12.59 tenghari.

Nur Sabrina: Saya ingin merujuk teks pada 5 Disember 2023, boleh bacakan kepada mahkamah apakah teks berkenaan?

Mohd Zaidi: Zayn hilang, dia lari, lantaklah nak hidup ke nak mati, letih gila aku mencari, geram betullah

Mahkamah sama juga diberitahu pada 11 Oktober 2023, dua mesej dikeluarkan daripada telefon sama menunjukkan perbualan ‘stress gilalah dengan Zayn ni’ dan ‘macam nak bunuh diri je sekarang’ pada jam 6.45 petang.

Baca juga: Viral Video Ibu Zayn Rayyan Di Media Sosial, Polis Terima Maklumat Baharu

Peralatan XRY digunakan untuk analisa telefon bimbit Huawei (F1) & iPhone (F2)

Terdahulu, Mohd Zaidi membacakan pernyataan saksi memberitahu pegawai penyiasat memintanya mengeluarkan apa-apa video, mesej dan gambar yang sudah dipadam dari telefon bimbit yang dirampas.

“Saya telah mengeluarkan kandungan mesej perbualan WhatsApp dari telefon bimbit bertanda F1 iaitu perbualan antara B1 dan B2 (suspek) atas nama WhatsApp ‘Baby Sayang’ bertarikh 20 Jun, 11 Oktober, 20 November, 1 Disember dan 5 Disember yang kesemuanya pada 2023.

“Saya menjalankan analisa ini dengan menggunakan peralatan XRY untuk telefon bimbit. Kaedah yang digunakan adalah dengan memastikan barang kes ini dalam keadaan baik, kemudian saya menyambungkan kabel di barang kes dan memulakan analisis barang kes ini.

“Selesai menganalisis barang kes ini, saya kemudian memindahkan ke dalam bentuk HTML, saya menggunakan komputer dalam pejabat saya dan hanya saya seorang yang mempunyai akses komputer berkenaan,” katanya.

Katanya, pemeriksaan dan analisis ke atas data barang kes jenama Huawei bersama satu kad sim bertanda F1, pemeriksaan terhadap telefon mengeluarkan perbualan di aplikasi WhatsApp telefon bimbit dengan nombor ditanda Baby Sayang pada lima tarikh berkenaan.

“Pemeriksaan juga mengeluarkan perbualan di aplikasi WhatsApp telefon bimbit yang ditulis Ummi dan Ayah dalam telefon bimbit.

“Pemeriksaan telah mengeluarkan data yang dipadam di dalam telefon bimbit untuk rujukan pegawai penyiasat,” katanya.

Beberapa aplikasi dinyahpasang di F2

Selain itu, katanya, pemeriksaan dan analisis ke atas data iPhone bersama satu kad sim bertanda F2 iaitu pemeriksaan juga mengeluarkan perbualan di aplikasi WhatsApp telefon bimbit dengan nombor disimpan sebagai Manja dan Ayah di dalam telefon bimbit.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati, terdapat aplikasi yang dinyahpasang (uninstalled) di dalam telefon bimbit iPhone antaranya Facebook, Google Photos, Telegram, Threads, Apple Mail dan WhatsApp Business,” katanya.

Baca juga: Ibu Zayn Rayyan Gagal Jawab Beberapa Soalan Termasuk Tentang Minat Anaknya Sendiri…

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment sama di sini antara jam 12 tengahari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung lagi esok.

Baca juga: Nenek Saudara Diberi Hak Jagaan Sementara Adik Kepada Zayn Rayyan

Sumber: Berita Harian

Ft Image: Berita Harian / NSTP-Nabila Adlina Azahari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×