Ramai yang menitis air mata selepas menonton satu video tular di media sosial memaparkan pengorbanan seorang anak lelaki yang dengan penuh kasih berkongsikan cara mandikan ibu sakit dan lumpuh.
Dalam video berdurasi beberapa minit itu, suasana hiba jelas terasa apabila dia berkongsi detik-detik menyentuh hati setiap kali menjalankan rutin mingguannya membersihkan ibu yang kini bergantung sepenuhnya pada oksigen.
LELAKI KONGSI CARA MANDIKAN IBU SAKIT ‘BED RIDDEN’ SAMA MACAM MANDIKAN JENAZAH

“Allah, terkeluar air perut Mama malam tadi… basah habis rambut” Itulah antara kata-kata yang mengundang sebak ribuan hati di media sosial.
Walaupun nampak mudah, tugas itu sebenarnya penuh dengan kesabaran, kasih dan tanggungjawab dan tidak semua orang mampu untuk menggalas tanggungjawab ini.
“Awal-awal dulu ramai yang tolong mandikan mak aku. Tapi sekarang aku dah boleh buat seorang. Nampak senang, tapi sebenarnya tak senang,” katanya.
Menurutnya, dia menggunakan kanvas dan tilam kalis air untuk memastikan ibunya selesa ketika dimandikan. Setiap kali selesai, dia akan lap bersih bahagian katil supaya tidak berkarat, selain menukar kain lapik kering berkali-kali agar ibunya tidak kesejukan.
“Mandikan orang bedridden ni kena cepat, dalam 20 minit je. Kesian kalau lama-lama, dia sejuk. Tambah pula Mak aku ni bergantung pada oksigen..”
Lebih menyentuh hati apabila dia mendedahkan cara dia mandikan ibunya sama seperti memandikan jenazah iaitu dengan penuh tertib dan penghormatan.
“One day, mak akan pergi juga…”

“Konsep aku mandikan mak aku sama macam mandi jenazah dan menggunakan alatan yang sama. One day, mak akan pergi juga. Tapi setiap minggu aku dah buat yang sama. Sekurang-kurangnya aku dah biasa, dan dia sentiasa bersih, selesa..”
Di akhir video, dia sempat menitip pesanan kepada semua penjaga yang menjaga ibu bapa sakit di rumah. Hal ini kerana, anak-anak yang menjaga ibu sendiri terutamanya yang sedang sakit begini merupakan insan terpilih. Mungkin pada awalnya agak sukar, tetapi dalam beberapa tempoh, anda akan terbiasa.
Kisah ini bukan sekadar tentang tanggungjawab seorang anak, tetapi juga pengajaran tentang kasih tanpa syarat. Ia mengingatkan kita bahawa menjaga ibu bapa bukan beban tetapi satu bentuk ibadah dan peluang terakhir menunjukkan cinta yang sebenar.
@faridnasirrrr #bedridden #stroke #supportsystem #fyp #mama ♬ original sound – Faridnasirrrr
Sumber: Tiktok @faridnasirrr
